TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Foto hiasan - Sedutan drama Korea.
HEUKSAN - KOREA SELATAN. Tiga lelaki dijatuhkan hukuman penjara sehinga 18 tahun kerana merogol guru kepada anak mereka.
Tiga lelaki itu masing-masing dijatuhkan hukuman 12, 13 dan 18 tahun penjara kerana merogol guru wanita berusia 20 tahun di sebuah kepulauan kecil Heuksan.
Memetik AFP, dua daripada lelaki itu adalah bapa pelajar kepada guru tersebut.
Mahkamah diberitahu, kesemua tertuduh memaksa wanita itu minum bersama mereka selepas melihat dia berseorangan di sebuah restoran.
Mereka kemudiannya menghantar pulang mangsa dan mengambil kesempatan merogolnya di rumah wanita itu.
http://www.sinarharian.com.my/global/bapa-dipenjara-rogol-cikgu-anak-1.573341
Mahkamah arah kes rogol cikgu dibicara semula
SEOUL 26 Okt - Mahkamah Agung pada Khamis telah mengarahkan tiga lelaki, yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang guru sekolah tahun lepas, dibicarakan semula, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Mahkamah tertinggi Korea Selatan itu mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Gwangju selepas membatalkan perintah terdahulu yang membebaskan mereka daripada beberapa pertuduhan atas alasan satu penyelesaian telah dicapai dengan mangsa.
Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas setiap tertuduh, yang hanya dikenali dengan nama akhir mereka iaitu Kim, Lee dan Park, selepas memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap mereka oleh mahkamah rendah iaitu antara 17 hingga 25 tahun.
Mereka didakwa pada Jun tahun lepas atas pertuduhan berpakat merogol guru wanita itu dan mencederakan mangsa di sebuah bandar pulau di Sinan, yang terletak kira-kira 400 kilometer di barat daya Seoul.
Kesemua tertuduh turut memaksa mangsa minum sehingga mabuk dan merakam adegan itu.
Kes itu mengejutkan orang ramai kerana kesemua tertuduh adalah bapa murid dari sekolah yang sama di mana mangsa mengajar.-Bernama
http://www.sinarharian.com.my/global/mahkamah-arah-kes-rogol-guru-dibicara-semula-1.748331
Bapa-bapa yang didakwa merogol guru wanita sebuah sekolah di Korea Selatan. - Yonhap
![]()