BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cicak purba gergasi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



BEIJING 24 Mac – Seorang renjer di sebuah taman negara di selatan China, berjaya menangkap seekor haiwan purba menyerupai cicak salamander yang dikategorikan sebagai haiwan amfibia tertua yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xioa, 35, menemukan cicak gergasi berukuran 83 sentimeter panjang dan seberat 5.5 kilogram itu berenang di sebatang sungai di bandar Heyuan, wilayah Guangdong, baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas menyimpan salamander itu buat seketika dalam tangki air, Xiao melepaskan haiwan amfibia itu semula ke dalam air sambil disaksikan sejumlah pelancong yang teruja melihat binatang gergasi tersebut.

Menurut laporan portal berita People’s Daily, Salamander disenarai sebagai antara spesies haiwan tertua yang masih hidup pada zaman ini dan tidak mengalami banyak perubahan sejak zaman dinasour.

Haiwan itu juga disenarai sebagai spesies paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China, selain mampu membesar sehingga 1.8 meter panjang dan mencapai berat lebih 50 kilogram.

Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa khasiat daging haiwan itu yang boleh mengurangkan ketuaan.

Awal tahun ini, sejumlah pegawai kerajaan China disiasat berhubung laporan yang mendakwa mereka makan seekor salamander gergasi yang dihidangkan di sebuah jamuan mewah di Shenzen.

Mengikut undang-undang China, kesalahan memakan spesies terancam boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
 
bukan cicak ni ke polis kt china tu makan?
 
awal2 berita cakap cicak tertua menyerupai salamander..lepas tu, dok sebut2 salamander je..memang sah la ni salamander je..bukan cicak purba.:))
 
salamander..hahaha..kaluwarga chicak jg ni
 
Back
Top
Log in Register