2009
Fun Poster
- Messages
- 337
- Joined
- Jan 23, 2009
- Messages
- 337
- Reaction score
- 49
- Points
- 20
22 murid Tabika Kemas belajar bawah pokok
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
SEBAHAGIAN 22 kanak-kanak Tabika Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau hanya beralaskan tikar dan belajar di bawah pokok di Balik Pulau, semalam.
BALIK PULAU: Seramai 22 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Sungai Pinang, di sini terpaksa belajar bawah pokok selepas kelas mereka dikunci, semalam.
Kejadian kali ketiga itu berlaku sejak Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) menghantar notis pengosongan bangunan pada awal Januari lalu.
Seorang tenaga pengajar, Efarina Mohd Jaafar, berkata beliau dan murid berusia empat hingga enam tahun terkejut mendapati pagar bangunan itu dikunci menggunakan dua rantai motosikal.
Katanya, sebahagian ibu bapa terkejut dan hampir menitiskan air mata apabila mendapati murid bersarapan sekeping roti dan air mineral di bawah pokok.
Beliau berkata, mereka duduk beralaskan tikar dan belajar di bawah pokok di tepi padang tanpa meja atau kerusi antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
"Janganlah murid dizalimi hanya disebabkan sengketa politik. Mereka cuma mahu menimba ilmu, tetapi hal sebegini boleh membantutkan pelajaran mereka.
"Apatah lagi, mereka dari keluarga berpendapatan rendah. Ibu bapa mereka menyara hidup sebagai nelayan dan kerja kampung saja," katanya ketika ditemui bersama Penyelia Kanan Kemas, Rozhan Che Din dan Ketua Pemuda Umno Balik Pulau, Aziaan Ariffin.
Notis bertarikh 21 Januari lalu dihantar berdasar mesyuarat JKKK Kuala Sungai Pinang yang mengarahkan pengosongan pada 31 Januari lalu.
Sementara itu, Aziaan berkata, perbuatan mengunci pintu pagar menggunakan rantai motosikal sebagai kurang wajar kerana menyukarkan ibu bapa menghantar anak ke tabika lain sejauh lebih empat kilometer.
Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Pegawai Daerah Barat Daya untuk mendapat penjelasan lanjut dan berharap dapat diselesaikan tanpa unsur politik.
"Kita juga akan membawa masalah ini ke pengetahuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng," katanya.