BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China semak semula ekonomi

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
gambarchina.jpg


China melakukan semakan menaik saiz ekonominya pada 2013 sebanyak AS$308.8 bilion, satu jumlah yang sama banyak dengan output Malaysia secara keseluruhan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah AS$312 bilion.

KDNK ekonomi kedua terbesar dunia itu adalah sebanyak 58.8 trilion yuan (AS$9.45 trilion) pada 2013, demikian menurut bancian ekonomi seluruh negara China yang diumumkan hari ini.

Angka tersebut adalah 3.4 peratus lebih besar berbanding jumlah yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Saiz semakan yang lebih kecil daripada pengiraan yang dilakukan China pada 2008 menunjukkan pengiraan kali ini lebih tepat terhadap industri perkhidmatan yang sedang berkembang pantas.

KDNK yang besar membuatkan hutang China nampak lebih kecil, sekali gus memberikan ruang yang lebih luas kepada pembuat dasar untuk mencari jalan mengukuhkan pertumbuhan pada tahun ini yang telah merekodkan kadar terendah sejak 1990.

"China menggunakan kaedah menaik taraf dan keputusan yang dihasilkan perlu diambil serius,” kata Daniel Rosen dan Beibei Bao dari Rhodium Group dalam satu nota penyelidikan minggu lepas.

Bancian ekonomi yang dijalankan setiap lima tahun itu akan mengumpulkan maklumat berkenaan industri pengilangan dan perkhidmatan.

Xinhua News Agency melaporkan, lebih 10 juta perniagaan dan kira-kira 60 juta perusahaan telah dilawati oleh kira-kira tiga juta pembanci pada awal tahun ini.

Dua bancian terdahulu berjaya merangsang peningkatan 16.8 peratus KDNK tahun 2004 dan 4.4 peratus pada 2008.

Ketua Biro Statistik Negara, Ma Jiantang berkata, China akan melakukan semakan menaik KDNK 2013 lebih tiga peratus.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Bloomberg terhadap 12 pakar ekonomi menunjukkan unjuran median bagi semakan KDNK 2013 adalah di antara satu peratus sehingga tiga peratus.


http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/china-semak-semula-ekonomi
 
Back
Top
Log in Register