TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Amirruddin menunjukkan hidangan istimewa yang disediakan di kedai makan miliknya
KEPALA BATAS - "Biar betul chicken chop, nasi ayam RM3.90,” Itu mungkin antara persoalan yang keluar dari mulut orang ramai tatkala bertandang ke kedai makan milik Amirruddin Mat, 49, di Kompleks Perniagaan Pokok Sena, Kepala Batas.
Menyediakan chicken chop dan nasi ayam dengan harga semurah RM3.90 antara tarikan utama ke Restoran 9 Big Plate milik seorang lelaki berasal dari Kelantan ini.
Amirruddin berkata, chicken chop yang dijual di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
“Ayam yang digoreng disajikan dalam kadar yang pastinya puas untuk dinikmati, selain ianya disajikan dalam keadaan panas, susun atur dalam pinggan chicken chop ini juga ditambah dengan kentang goreng.
“Selain itu, kuahnya diletakkan di atas ayam yang panas tersebut yang mana ianya tampak menyelerakan bagi sesiapa yang menikmatinya,” katanya.
Katanya, selain chicken chop antara menu yang menjadi tarikan adalah nasi ayam berharga RM3.90.
“Biarpun kedua-dua makanan ini dijual dengan harga yang murah, tapi ianya disajikan dengan kuantiti yang boleh dikatakan tidak sepadan dengan harganya,” katanya.
Menurut Amiruddin, dua hidangan itu dijual dengan harga yang murah bertujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja menikmatinya.
“Bila kita dengar saja tentang chicken chop, pastinya ramai beranggapan ia makanan mahal dan mereka yang berada saja boleh menikmatinya.
“Saya mahu buang persepsi tersebut, kita mahu buktikan siapa saja boleh nikmati hidangan ini dengan harga murah,” katanya yang gembira apabila dua hidangan istimewa yang dijualnya mendapat sambutan memberangsangkan.
Tambahnya, ada juga pelanggan yang datang dengan menaiki kereta mewah turut sama membeli chicken chop di kedainya.
“Bila ditanya, dia kata disebabkan kualiti rasanya yang berbeza dari tempat lain.
“Apa pun saya bersyukur ke hadrat ALLAH, moga apa yang saya jual ini bukan saja beri kepuasan kepada semua pelanggan, malah sebagai satu kebajikan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/makan-di-mana/chicken-chop-hanya-rm3-90-1.519598
Chicken Chop Bajet RM4.90
![]()
![]()
SUKAR untuk penggemar chicken chop mendapatkan harga yang paling murah untuk menjamu selera makanan Barat di sekitar bandar Seremban.
Lazimnya, harga menu chicken chop yang dijual boleh mencecah sekitar RM6 atau RM7. Berlainan sekali di MeqNor Kitchen yang menawarkan menu Chicken Chop Bajet hanya dengan RM4.90 sahaja.
Kedai tersebut yang terletak di Alfred Flower Batu 7 ½ Jalan Labu, Nilai, Seremban berhadapan dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (Smap Labu) itu, telah memulakan operasi perniagaan sejak setahun dua bulan yang lalu.
Pemilik kedai, Mohd Asraf Mohamad Jaafar, 33, berkata, selain Chicken Chop Bajet berharga RM4.90, dia turut menjual air minuman teh O panas/ais pada harga RM0.50.
“Boleh dikatakan pengunjung yang datang ke kedai saya ini, mereka boleh berbelanja hanya sekitar RM5.40 untuk kedua-dua menu tersebut.
Mohd Asraf berkata, untuk memastikan Chicken Chop Bajet ini disukai pelbagai golongan termasuk kanak-kanak, dia telah membuat empat kali percubaan untuk mengisi menu sampingan bersama Chicken Chop Bajet tersebut.
“Saya telah mengambil tempoh masa setahun untuk membuat analisa.
"Bagi saya, jika habis dimakan apa yang diletakkan dalam pinggan, maknanya menu sampingan yang diletakkan bersama Chicken Chop Bajet itu memang disukai ramai.
“Akhirnya, saya membuat keputusan untuk letakkan menu sampingan lain seperti coleslaw, macaroni chesee, kentang goreng, kuah lada hitam di dalam pinggan Chicken Chop Bajet dan ianya kekal sehingga ke hari ini.
“Alhamdulillah, ramai yang suka menu Chicken Chop Bajet ini.
"Di samping itu, MeqNor Kitchen turut menawarkan menu makanan Barat yang lain di mana harganya turut berpatutan," kata bapa kepada dua anak ini.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/chicken-chop-bajet-rm4-90-1.627314