BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Che Hasnah nekad enggan rujuk

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_01.1.jpg


CHE HASNAH membaca berita perceraiannya di muka depan Kosmo! semalam.

PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.

Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.

“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.

“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.

“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun usia perkahwinannya, dia dan suami tidak pernah bergaduh kecuali berselisih pendapat mengenai fahaman politik.
 
Taksub dengan politik pas hingga sanggup kata isteri sesat kerana tak sokong pas. Alahai melayu.
 
suami dia nak pucuk muda kot... hehehhee
 
mana satu nak percaya thread sebelah sana cik yah,ni cik hasnah pulop...agak2 utusansex nak perbesarkan kat pru 13 ni...ko ingat orang b.o.d.o sangat ke tatau nak beza
 
bahaya kalu fanatik sgt dgn politik....suami isteri pon boleh bercerai...
 
ne_01.1.jpg


CHE HASNAH membaca berita perceraiannya di muka depan Kosmo! semalam.

PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.

Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.

“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.

“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.

“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun usia perkahwinannya, dia dan suami tidak pernah bergaduh kecuali berselisih pendapat mengenai fahaman politik.



inilah motif yg sebenarnya dia lgi suka diceraikan dan aku rasa dia nih bini yg bermasalah mmg patut kena cerai.Tapi aku masih tak dengar lagi kenyataan suami dia sebab klu dengar sebelah pihak saja mcm tak adil juga.
 
mana satu nak percaya thread sebelah sana cik yah,ni cik hasnah pulop...agak2 utusansex nak perbesarkan kat pru 13 ni...ko ingat orang b.o.d.o sangat ke tatau nak beza

biasalah pencacai keja dia nk spin ja :))
 
Back
Top
Log in Register