ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohd Zamree (kiri) bersama penerima Anugerah Pendokong Utama PKS 2014 selepas majlis penyampaian anugerah tersebut, semalam.
CREDIT Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menjangkakan untuk meluluskan 7,850 pinjaman dengan nilai RM3 bilion melalui produk jaminan dan pembiayaannya pada tahun ini berbanding 6,839 pinjaman bernilai RM3.2 bilion pada tahun lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus dan bakal dipacu sektor pembinaan, teknologi hijau dan permulaan perniagaan.
Menurutnya, sebahagian besar permohonan adalah peminjam daripada sektor teknologi hijau.
"CGC mahu membantu kerajaan mencapai agenda pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya berperanan sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 32 peratus kepada 41 menjelang 2020," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pendokong Utama PKS ke-20 di Petaling Jaya, semalam.
Dalam majlis itu CGC mengiktiraf empat bank dengan memberikan Anugerah Pendukung Utama PKS, di atas sumbangan mereka terhadap pembiayaan PKS pada 2014. Majlis itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 CGC.
Pemenang bagi Anugerah Pendukung Utama PKS ialah Maybank, Maybank Islamic, OCBC Al-Amin Bank Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad.
Mohd Zamree berkata, CGC akan terus meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan PKS dengan meneroka usaha sama baharu dan menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif untuk meningkatkan jangkauan sektor tersebut.
Mengulas mengenai anugerah tersebut, Mohd Zamree berkata ia adalah edisi ke-20 dan selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK negara.
"Keempat- empat institusi kewangan itu menyumbang RM1.7 bilion mewakili 53 peratus jumlah nilai pembiayaan dan 4,350 jumlah pinjaman mewakili 64 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan CGC pada 2014.
"Jangkauan PKS-CGC bertambah baik dengan pertumbuhan ketara sebanyak 189 peratus dari segi jumlah pinjaman dan 105 peratus dari segi nilai yang diluluskan di atas penyertaan aktif institusi kewangan melalui skim jaminannya," katanya.
Beliau berkata, institusi kewangan memainkan peranan penting dalam membuka laluan kepada CGC untuk mendekati PKS dengan lebih dekat. Pada 2014, CGC meluluskan kira- kira 5,000 pinjaman bernilai RM2.1 bilion melalui Skim Jaminan Portfolio dan Skim Jaminan Borong.