BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted CeritaHartanah.com mencari ahli kumpulan

bintara80

Active Member
Messages
2,462
Joined
Aug 11, 2010
Messages
2,462
Reaction score
23
Points
35
Assalamualaikum wbt.

Saya CheMat seorang perunding hartanah/team manager di AFZ Realty Sdn Bhd.

Latar belakang CeritaHartanah.com (CHC)

Bermula sejak 2019, CHC berhasrat untuk menjadi satu pasukan bisnes pemasaran dan hartanah yang memberi perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan. Idea ini saya timbulkan semasa aktif mengedar flyers berkaitan khidmat perundingan hartanah di taman-taman perumahan. Saya memahami bahawa saya boleh pelbagaikan servis yang boleh ditawarkan, menggunakan leverage masa dan tenaga saya (bermakna selain edarkan satu jenis flyer sahaja, saya boleh tambahkan dengan flyers rakan2 yang buat bisnes lain). Idea ini saya kembangkan dan kini sedang aktif mencari rakan pasukan bisnes yang berminat.

Di antara bidang yang bersesuaian dengan CHC adalah kontraktor bina rumah, kontraktor servis seperti wiring, plumbing, air-cond, grill dan awning, kitchen cabinet, cleaning service, interior design, mesin rumput & landscaping, ejen astro, Unifi, timecom, maxis homefibre.

Sedikit latar belakang saya:
Pengalaman melebihi 10 tahun di dalam bidang perundingan hartanah, terlibat secara langsung di dalam penjualan/pembelian rumah baru, rumah subsale dan rumah lelong. Juga terlibat secara langsung di dalam servis sublet dan airBNB.

Saya mempunyai sebuah pasukan yang bergiat aktif di dalam bidang di atas.

Saya juga mempunyai akses kepada rangkaian perunding-perunding hartanah berdaftar.

Tawaran kepada umum;
  1. Saya mencari individu2 yang komited untuk mengubah kehidupan dengan menjadikan perundingan hartanah sebagai mata pencarian utama. (FULLTIME)
  2. Saya juga membuka peluang kepada individu2 yang ingin menambah pendapatan melalui perundingan hartanah (PART TIME)
  3. Saya mencari individu2 yang berhasrat untuk menggunakan 'leverage' yang ada pada pasukan perunding hartanah saya & bersetuju untuk membina sistem pemasaran melalui ejen, di akhirnya, mereka boleh akses kepada database pelanggan yang telah pasukan saya bina (dan ditambah setiap hari) dan juga rangkaian perunding-perunding hartanah berdaftar yang ada di Malaysia.

Hubungi saya di 0192834359 atau wasap di www.wasap.my/60192834359

ANDA DAPAT TAMBAH PELANGGAN, KAMI DAPAT REFERRAL FEE. Sama-sama cari makan.

Terima Kasih Semua,

CheMat
AFZ Realty Sdn Bhd
www.ceritahartanah.com
 
Back
Top
Log in Register