BTC USD 80,891.3 Gold USD 4,123.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Waliyullah

Minta maaf Pn,

Saya ingin lakukan sedikit penambahan yg saya kira pembetulan menurut pandangan saya.

Baca banyak buku dan faham banyak istilah tidak membolehkan org tu faham dengan erti kata yg sebenar. Jika ia mampu terangkan secara panjang lebar dengan sebab baca dan tahu istilah... itu masih lagi dikategorikan sebagai "kulit tanpa isi". Maksudnya gaya sudah ada tapi sebenarnya masih kososng.

Seseorang tu di anggap mendapat isinya hanya setelah dia benar2 melalui pembersihan rohani iaitu membuang segala sifat tercela dan mengisi segala sifat terpuji sehingga hatinya benar2 hampir pada Allah. Jika setelah itu dia faham maka barulah dia dikatakan memang benar2 faham.

Tapi saya setuju dengan satu perkara, jika pening tinggalkan saja sebab bukan semua orang boleh mencapai tahap "Muqarrabin". Seseorang itu masih dianggap pihak yg beruntung jika termasuk sebagai golongan kanan walaupun tidak mencapai tahap "Muqarrabin". Rujuk (Al-Waaqi'ah 56:7-11).

Wallahu A'lam

Tuan, faham itu ada banyak peringkat, bukan satu saja. Faham beginner, faham intermediate, faham advance. Faham yg saya maksudkan di situ bukanlah faham advance, tapi faham beginner. Cukup utk faham apa cerita yg cuba disampaikan oleh TT, bukan utk faham ISI secara mendalam, sebab itulah apa yg ditanya oleh encik hafyz. Harap tuan faham dan bukan salah faham.
 
Aku pening tak faham cerita ni.. iman belum tahap tinggi untuk memahaminya
 
TT cerita psl kisah para2 wali. Cerita2 psl keTuhanan ni mmg payah sikit nak paham, kena baca banyak buku bermula dari bawah. Dah paham apa tu Fana, Baqa, Insya Allah nanti boleh paham cerita2 mcm ni. Tapi cerita2 mcm ni memang bukan utk semua orang. Klu pening, baik tinggalkan. :D

Contoh mudah apa itu fana.

Katakan kamu penyokong fanatik pasukan kelantan dan ada game lawan selangor.
Masa kamu tengah syok tengok game tu terutama saat bola dalam kotak penalti selangor, kamu tak akan sedar apa yg berlaku disekitar kamu bahkan kalau ada penyelut saku rembat bag duit pun kamu takkan perasan, sbb terlalu beri tumpuan dan fana dgn bola.
 
baru aku perasan rupanya 'fana'tik pun terdiri dari perkataan fana.. haha...anyway contoh kemas, simple, boleh difahami:)cgrock

alangkah bagusnya kalau manusia boleh bagi semacam tumpuan masa tengok bola tu masa solat.. mesti tak heran benda lain dah..
 
Tak salah saya, ada sahabat yg terkena panah, dicabut waktu dia solat sbb sakitnya tak rasa.....fana masa solat.

Kita agak susah fana dlm ibadat sbb hati kotor
 
Salam sdr/sdri

Kenapa sesetengah orang boleh sampai 'maqam fana' ketika melihat perlawanan bola sepak
antara pasukan pilihan mereka dengan pasukan musuh tradisi. Antara sebabnya ialah;

1) Oleh kerana terlalu minat yang mendalam maka datang keseronokan yang luar biasa dalam diri mereka
sehingga mereka lupa keadaan sekeliling. Walaupun datang hujan ribut mereka tidak akan berganjak.

Begitu jugak dengan mereka yang terlalu minat memancing, ada saat dimana pemancing akan
merasa suatu keseronokan yang tidak dapat digambarkan. Pada masa itu ia 'fana'.

Kenapa kita tidak mencapai saat keseronokan yang hebat ketika solat walaupun seketika.
Padahal dalam solatlah tempat kita berseronok kerana berhadapan Allah S.W.T yang Maha Sempurna.
Antara sebabnya ialah;

1) Kita kurang berminat dan rasa terbeban untuk solat.
Kenapa kurang berminat? Sebab kita tidak menemui titik keseronokan dalam solat
Walaupun melakukan solat dah lebih 40 tahun.

Jika kita bertemu titik keseronokan walaupun seketika, kita akan merasa mudah untuk bersolat,
bersolat di awal waktu dan merasa lambat untuk solat yang seterusnya.

Titik keseronokan tidak akan diperolehi melainkan kita mengetahui dan beramal dengan
beberapa perkara dengan izin Allah S.W.T

Antara kitab yang mendedahkan perkara ini ialah;
1) Kitab Minyatul Musolli
2) Kitab Hikam Melayu
3) Kitab 'AkidatunNajin

3kitab.gif

Bawak ketiga2 kitab ini cari tok guru yang berdekatan dengan anda.
Menuntut sampai khatam. InsyaAllah

Wallaahu'alam.

Last edited:
Tak salah saya, ada sahabat yg terkena panah, dicabut waktu dia solat sbb sakitnya tak rasa.....fana masa solat.

Kita agak susah fana dlm ibadat sbb hati kotor

kisah Saidina Ali ra tu.. nak capai mcmtu memang susah.. tapi tak mustahil utk di capai sebab Saidina Ali ra boleh sampai situ, dan seharusnya harus jadikan satu penanda aras utk dicapai..

tapi sekurang2nya dapat hindarkan dunia dari hati semasa solat pun dah memadai....
 
benarkah itu ajaran nabi kita?
 
Last edited:

Titik keseronokan tidak akan diperolehi melainkan kita mengetahui dan beramal dengan
beberapa perkara dengan izin Allah S.W.T

Antara kitab yang mendedahkan perkara ini ialah;
1) Kitab Minyatul Musolli
2) Kitab Hikam Melayu
3) Kitab 'AkidatunNajin

3kitab.gif

Bawak ketiga2 kitab ini cari tok guru yang berdekatan dengan anda.
Menuntut sampai khatam. InsyaAllah

Wallaahu'alam.

Kitab ni mungkin ada kt pondok je kot? Dan skr jarang ustaz ajar kitab-kitab lama ni.
 
Back
Top
Log in Register