BTC USD 82,241.9 Gold USD 4,118.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Waliyullah

Cerita waliyullah

Diceritakan bahwa Asy-Syibli berkata: Suatu ketika aku bertemu seorang perempuan kulit hitam Habasyiyah. Dia terlihat kepayahan, namun dia tetap semangat dan mempercepatkan langkahnya.
Aku menyapanya: Wahai hamba Allah, kasihanilah diri anda dan bersikaplah halus kepadanya.
Dia menjawab: DIA adalah DIA
Aku menyapa lagi: Dari mana anda berangkat?
Dia menjawab: Dari DIA.
Aku tanya lagi: Kemana anda hendak menuju?
Dia menjawab: Menuju DIA.
Aku tanya lagi: Apa yang anda inginkan?
Dia menjawab tegas: DIA.
Aku tanya lagi: Siapa nama anda?
Dia menjawab: DIA
Aku tanya lagi: Berapa banyak anda berzikir.
Dia menjawab: Mulutku tidak pernah tersenyum kerana aku menyebut “DIA” sampai aku bertemu dengan DIA.

Kemudia perempuan itu membaca syairnya:

Bila cinta hilang, tiada ganti
Bagiku, dari kalian
Sesudah kalian, terhadap selain kalian pun
Tidak ada kepentingan
Diantara ceritaku bagi kalian adalah
Mereka berkata: Sakit telah mempengaruhi perempuan itu
Maka aku katakan: Bahkan
Sakit itu terus menggelayutiku.

Aku Tanya lagi: Wahai hamba Allah, apa yang anda maksudkan dengan ucapan anda ‘DIA’. Adakah yang anda maksudkan adalah Allah?

Ketika mendengar sebutan Allah, dia berteriak dengan suara melengking. Saat itulah memancar keluar rohnya, dia mati.

Kemudian aku beranjak mempersiapkan pengkuburannya dan mengkuburkannya. Aku merasa mendengar suara panggilan.
“Wahai Syibli, orang yang mabuk dengan cinta ku, bingung dalam mencariku, sangat sedih dengan zikir kepadaku, dan mati dengan namaku, maka tinggallah dia untuk ku.

Aku menoleh untuk melihat siapa yang memanggil dan berbicara. Kemudian perempuan itu menghilang dari pandanganku, aku tidak dapat melihatnya.

Kadang2 cerita para Wali ni susah nak diterima akal. Macam cerita Syibli sendiri, dia pun pernah nak 'bunuh diri' dengan terjun dari gunung, tapi angin menyambutnya...

Tak faham cerita nie tentang apa...
 
Nabi dan para sahabah tak macam ni.ghuluw?

ghuluw tu pedia?
cerita ni mcm iklan bola la. makan bola...minum bola ..tido bola..bola bola bola..semua nampak bulat jer. huhuhu
ni la plan nak bagi kita tak ingat Allah. sepatutnya Allah jer dlm hati setiap masa.
 
Cerita waliyullah

Diceritakan bahwa Asy-Syibli berkata: Suatu ketika aku bertemu seorang perempuan kulit hitam Habasyiyah. Dia terlihat kepayahan, namun dia tetap semangat dan mempercepatkan langkahnya.
Aku menyapanya: Wahai hamba Allah, kasihanilah diri anda dan bersikaplah halus kepadanya.
Dia menjawab: DIA adalah DIA
Aku menyapa lagi: Dari mana anda berangkat?
Dia menjawab: Dari DIA.
Aku tanya lagi: Kemana anda hendak menuju?
Dia menjawab: Menuju DIA.
Aku tanya lagi: Apa yang anda inginkan?
Dia menjawab tegas: DIA.
Aku tanya lagi: Siapa nama anda?
Dia menjawab: DIA
Aku tanya lagi: Berapa banyak anda berzikir.
Dia menjawab: Mulutku tidak pernah tersenyum kerana aku menyebut “DIA” sampai aku bertemu dengan DIA.

Kemudia perempuan itu membaca syairnya:

Bila cinta hilang, tiada ganti
Bagiku, dari kalian
Sesudah kalian, terhadap selain kalian pun
Tidak ada kepentingan
Diantara ceritaku bagi kalian adalah
Mereka berkata: Sakit telah mempengaruhi perempuan itu
Maka aku katakan: Bahkan
Sakit itu terus menggelayutiku.

Aku Tanya lagi: Wahai hamba Allah, apa yang anda maksudkan dengan ucapan anda ‘DIA’. Adakah yang anda maksudkan adalah Allah?

Ketika mendengar sebutan Allah, dia berteriak dengan suara melengking. Saat itulah memancar keluar rohnya, dia mati.

Kemudian aku beranjak mempersiapkan pengkuburannya dan mengkuburkannya. Aku merasa mendengar suara panggilan.
“Wahai Syibli, orang yang mabuk dengan cinta ku, bingung dalam mencariku, sangat sedih dengan zikir kepadaku, dan mati dengan namaku, maka tinggallah dia untuk ku.

Aku menoleh untuk melihat siapa yang memanggil dan berbicara. Kemudian perempuan itu menghilang dari pandanganku, aku tidak dapat melihatnya.

Ya betul selidiki dulu kebenaran nya tu.. saya setuju. mmg menkjubkan kisah2 para wali ni..

Yang saya musykil part yg hujung tu..

"Kemudian aku beranjak mempersiapkan pengkuburannya dan mengkuburkannya. Aku merasa mendengar suara panggilan.
“Wahai Syibli, orang yang mabuk dengan cinta ku, bingung dalam mencariku, sangat sedih dengan zikir kepadaku, dan mati dengan namaku, maka tinggallah dia untuk ku.

Aku menoleh untuk melihat siapa yang memanggil dan berbicara. Kemudian perempuan itu menghilang dari pandanganku, aku tidak dapat melihatnya. "

bagi org biasa mcm saya, org awam, siapakan yg di maksudkan ku itu. ??

Adakah Allah swt sedang berbicara dgn Asy-Syibli? Jika Allah swt kenapa tak di besarkan huruf K tu? dgn huruf k yg kecil tu saya ragu2, dan adakah Allah swt berbicara dgn Asy-Syibli dgn panggilan, atau bisika atau apa yg di maksudkan? layakkah dgn panggilan.. tak faham di situ..
 
tentang asyik. asyik mashyuk. yg dia nampak hanya yg dicintai. cinta terlalu kuat sampai dirinya sendiri dia tak nampak/tiada.
huhuhu

Ooo... Tu yang tengok pokok, itu Dia... Tengok apa pun, itu Dia...

Bukan bermaksud nak kata pokok bagai itu adalah Dia, tapi Dia yang mencipta pokok semua tu...

Hakikat Tauhid Uluhiyyah...
 
Nabi dan para sahabah tak macam ni.ghuluw?

cerita tt adalah berkenaan makam fana/mabuk ALLAH..dlm ilmu tasauf,para nabi dan rasul x lalui makam fana/mabuk ALLAH,sbb tu mreka x mcm tu..mreka terus majzub/sebati.. nak cerita ilmu ni panjang dan perlu pemahaman dan rasa/zauq.. :)
 
Cerita macam ni jika seseorang tu cuba faham menggunakan akalnya semata2 memang akalnya tak kan sampai.

Akan tetapi cerita cam ni hanya difaham dengan lebih baik menggunakan hati dan dengan cara beramal dengan tazkiyyatun nafs (pembersihan rohani).

Telusurilah AQ dan hadis terlebih dahulu secara menyeluruh dari kedua2 aspek iaitu perbuatan luaran termasuk akal dan perbuatan dalaman. Dapatkan penjelasan dari ulamak yg bidangnya pada aspek rohani. Lepas tu barulah boleh cakap ghuluw tak ghuluwnya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(An-Nisaa' 4:103)

Orang mudah kata "aku mencintai Allah dan RasulNya"... sebab akalnya yg tafsir bahawa itu yg sepatutnya disebut dan diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. Tetapi itu tidak mencapai makna cinta itu sendiri. Kerana cinta tu kedudukan yg sebenarnya adalah terletak di hati.

Jika sanggup, sekurang2nya dengar ceramah ini dari awal hingga tamat.

http://www.youtube.com/watch?v=y734rudpc2I
 
Aspek pertama akal.

Aspek kedua hati.

Jika cerita ini cerita dongang sekalipun ... ia tetap juga tidak salah sebagaimana budak2 terhibur dengan cerita "anjing dan bayang2" dan sebagaimana orang dewasa dapat menggerakkan akalnya dengan membaca novel iaitu termasuk cerita dongeng juga. Tidak ada bezanya cuma cerita ini adalah kedudukannya di aspek yg kedua.

Jika salah cerita dongeng maka salah jugalah orang yg mengarang cerita kanak2 "bagai anjing dan bayang2" dan novel2 yg berlambak di pasaran.
 
Back
Top
Log in Register