Ha... Tu dia, macam-macam komen ada. Tambah sikit lagi dari apa yang ditulis pagi tadi. Manis dan masamnya sekali.
1. Prosesor komputer Mac dulu guna IBM PowerPC, kemudian tukar kepada Intel. Sebenarnya ni bukan pertama kali Apple tukar arkitekture, banyak kali dah. Cuma kesianlah kepada pengguna Apple yang masih gunakan prosesor PowerPC sebab OS terbaru "Snow Leopard" dan yang akan datang "Lion" tak support PowerPC. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi pengguna Mac, janganlah pulak beli yang seken yang guna cip PowerPC. Kalau Intel, OK.
2. Pencetak & Pengimbas yang tak serasi dengan Mac biasanya ialah jenis All-in-One. Boleh detect dan beroperasi, tapi kerap crash. Jadi, baca dulu kat kotak, support ke tak. Cari brand yang biasa orang pakai. Jangan pulak beli jenama bukan-bukan ( jenis All-in-One pulak tu).
3. Perisian iWork dan iLife memang BEST! Pages tu boleh jadi macam Word, boleh jadi macam InDesign. Cuma iWeb tu lebih fokus kepada design. Bila upload ke FTP secara terus, URL nya panjang sangat. Jadi ada rasa kurang selesa sikit lah. Jadi, kenalah publish ke localhost dulu, kemudian baru upload ke server supaya URL nya molek (contohnya: .com berbanding .com/folder/page1)
4. Software update akan capai saiz lebih 100MB bila ada major update. Cuma dulu ada sekali (tahun 2009), Apple ambil masa yang cukup lama untuk fix security bug dalam Safari. Apple ambil kira-kira 8bulan untuk fix. Nasib baik ada Opera dan Firefox.
5. BootCamp ialah pilihan kepada pengguna Mac yang masih memerlukan Windows dalam urusan hariannya. Walau bagaimanapun ia bukanlah manis untuk semua production. MacBook & MacBook Pro keluaran pertengahan ke akhir 2009 akan mengalami masalah overheat ketika run Windows. Fan pusing laju berdengung & tangan atas trackpad rasa cam letak atas cerek. Bila boot ke Mac OS X, sejuk pulak. Problemnya ialah firmware SMC di MacBook tak handle fan dan power dengan efisyen ketika boot Windows. Walaupun banyak user komplen kat Apple, Apple refuse untuk fix masalah ni sebab Apple lebih prefer user dia guna Mac OS X. Jadi, solusinya ialah gunakan VMWare dan perisian yang seangkatan dengannya. Dan ada juga yang tiun sendiri kat firmware tu dengan patch yang dibuat oleh otai-otai Mac-Unix. Aku ada dengar juga yang Mac Mini pun ada masalah yang sama, tapi dalam keluaran yang kecil.
6. MacBook Pro 13" cuma ada 1port audio out. Sebenarnya port tu ialah audio out/in. Boleh di set di System Preferences > Sound > Sound Effects > Use audio port for.
7. Pertama kali aku kenal komputer pada tahun 1991, sebuah Mac. Kemudian baru aku kenal Windows & Linux (masa tu redhat headwig). Kemudian jadi pengguna iBook G4, sekarang MacBook Pro. Seriously Mac memang best. Kenapa best?...
Sebab Mac ada :
1. Automator - skrip utility untuk cepatkan tugasan-tugasan berulang.
2. Xcode - untuk programming.
3. Time Machine - untuk backup setiap jam tanpa ganggu kerja. Dan teknik restore yang praktikal.
4. Safari 5
5. SMS - Sudden Motion Sensor.
6. Unix Terminal - Mac dibangunkan di atas Darwin iaitu UNIX variant.
7. Keyboard yang automatik menyala bila lampu "padam".

8. Multi-touch trackpad.
9. QuickTime Movie Recording - untuk merakam peristiwa di skrin menjadi video. sangat berguna untuk buat tutorial.