BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita tentang komputer Apple

kat rumah tok aje ada 4 biji notebook.. salah satunya powerbook dulu beli 13,999 huhuhu:(( sekarang buat guna tengok tenet tu pun bukak sebulan sekali..
 
hehe tumpang tanye.. charger macbook berape riyal ?
 
tadi on jap windows ... tapi jadi keliru balik sebab windows x de ciri expose dan susunan key kena ikut cara windows cth kalau command button kat windows jadi start, jadi kalau aku nak copy biasa command+c ,kat windows lupa copy control+c so terpaksa la boot balik ke os x...
 
Jadi, sebelum beli Mac, fikir-fikirkanlah 10 sebab di atas, benar atau tidak. Nanti, aku tulis pulak kemanisan Mac. Hari ni aku saja cerita yang kelat masam jer. Huhu...:eek::eek::D

Ha... Tu dia, macam-macam komen ada. Tambah sikit lagi dari apa yang ditulis pagi tadi. Manis dan masamnya sekali.

1. Prosesor komputer Mac dulu guna IBM PowerPC, kemudian tukar kepada Intel. Sebenarnya ni bukan pertama kali Apple tukar arkitekture, banyak kali dah. Cuma kesianlah kepada pengguna Apple yang masih gunakan prosesor PowerPC sebab OS terbaru "Snow Leopard" dan yang akan datang "Lion" tak support PowerPC. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi pengguna Mac, janganlah pulak beli yang seken yang guna cip PowerPC. Kalau Intel, OK.

2. Pencetak & Pengimbas yang tak serasi dengan Mac biasanya ialah jenis All-in-One. Boleh detect dan beroperasi, tapi kerap crash. Jadi, baca dulu kat kotak, support ke tak. Cari brand yang biasa orang pakai. Jangan pulak beli jenama bukan-bukan ( jenis All-in-One pulak tu).

3. Perisian iWork dan iLife memang BEST! Pages tu boleh jadi macam Word, boleh jadi macam InDesign. Cuma iWeb tu lebih fokus kepada design. Bila upload ke FTP secara terus, URL nya panjang sangat. Jadi ada rasa kurang selesa sikit lah. Jadi, kenalah publish ke localhost dulu, kemudian baru upload ke server supaya URL nya molek (contohnya: .com berbanding .com/folder/page1)

4. Software update akan capai saiz lebih 100MB bila ada major update. Cuma dulu ada sekali (tahun 2009), Apple ambil masa yang cukup lama untuk fix security bug dalam Safari. Apple ambil kira-kira 8bulan untuk fix. Nasib baik ada Opera dan Firefox.

5. BootCamp ialah pilihan kepada pengguna Mac yang masih memerlukan Windows dalam urusan hariannya. Walau bagaimanapun ia bukanlah manis untuk semua production. MacBook & MacBook Pro keluaran pertengahan ke akhir 2009 akan mengalami masalah overheat ketika run Windows. Fan pusing laju berdengung & tangan atas trackpad rasa cam letak atas cerek. Bila boot ke Mac OS X, sejuk pulak. Problemnya ialah firmware SMC di MacBook tak handle fan dan power dengan efisyen ketika boot Windows. Walaupun banyak user komplen kat Apple, Apple refuse untuk fix masalah ni sebab Apple lebih prefer user dia guna Mac OS X. Jadi, solusinya ialah gunakan VMWare dan perisian yang seangkatan dengannya. Dan ada juga yang tiun sendiri kat firmware tu dengan patch yang dibuat oleh otai-otai Mac-Unix. Aku ada dengar juga yang Mac Mini pun ada masalah yang sama, tapi dalam keluaran yang kecil.

6. MacBook Pro 13" cuma ada 1port audio out. Sebenarnya port tu ialah audio out/in. Boleh di set di System Preferences > Sound > Sound Effects > Use audio port for.

7. Pertama kali aku kenal komputer pada tahun 1991, sebuah Mac. Kemudian baru aku kenal Windows & Linux (masa tu redhat headwig). Kemudian jadi pengguna iBook G4, sekarang MacBook Pro. Seriously Mac memang best. Kenapa best?...

Sebab Mac ada :
1. Automator - skrip utility untuk cepatkan tugasan-tugasan berulang.
2. Xcode - untuk programming.
3. Time Machine - untuk backup setiap jam tanpa ganggu kerja. Dan teknik restore yang praktikal.
4. Safari 5
5. SMS - Sudden Motion Sensor.
6. Unix Terminal - Mac dibangunkan di atas Darwin iaitu UNIX variant.
7. Keyboard yang automatik menyala bila lampu "padam". :)
8. Multi-touch trackpad.
9. QuickTime Movie Recording - untuk merakam peristiwa di skrin menjadi video. sangat berguna untuk buat tutorial.
 
mac best la kalau buat kerja2 multimedia...
nak design grafik, video audio editing, photography dll sebab smooth je bila buat kerja...
xdo nak hang2 mcm PC...
tp bergantung jugak la kpd masing2 punya keperluan...
tak semua org sesuai dgn PC, dan tak semua org sesuai dgn mac...
 
teringin jugak nak beralih kepada Mac.....
sebab tengok iphone pon dah syok.....
 
teringin jugak nak beralih kepada Mac.....
sebab tengok iphone pon dah syok.....

kalau ada mac mesti nak ada iphone
sb kat mac ada application MobileMe
kat situ boleh share application
byk la benda lagi :D
 
8. Jangan tinggalkan mac anda dalam tempat yang panas spt dalam kete untk elakkan ia bend/bengkok/meleding dan yang penting jaga mac anda dari kecurian, mahal woo nak beli .... Satu lagi mac ni x de banyak tempat penguadaraan yang aku dapati bawah laptop dia, jadi ni salah satu kekurangan dia, tapi kalau korang rajin leh beli la kipas untuk laptop tu dalam rm20 kut

7400543c267e8f471655da7e7daf47a76097fba.jpg


Sebenarnya saluran udara macpro tu mmg ade.. ni ak snap sendiri ak punyer macpro... Saluran macbookpro nih mmg ideal sebenarnyer ia selebar pelipat skrin dan setebal body bawah macbookpro tu sendiri... jika perati kan betul2 ianya nya mmg cukup sempurna dengan jalur2 memanjang ke atas... seperti grill bimmer tuuu..

ak nak berkongsi cerita dengan korang disebabkan korang pon ade gak macbook sendiri.. ak bleh cerita sbb ak pon ade macbook dan ak mmg teramat suke dgn kelebihan macbook nih.. x tau nak cakap mcm mane ngn korang.. x kenal maka x cinta..

sekian saje utk entri kali nih... bersambung lain ketika plak.. he he he
 
Back
Top
Log in Register