BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CERITA PENDEK: Telefon bimbit pusaka

LLM

Freshie
Messages
30
Joined
Nov 9, 2007
Messages
30
Reaction score
0
Points
6
Aku berjalan keseorangan di perkarangan stesen Masjid Jamek. Fikiranku melayang entah ke mana. Umpama wau bulan berapungan di angkasa Pengkalan Chepa.

Aku memegang telefon bimbit pusaka ku yang penuh keramat. Tiap-tiap malam Jumaat keliwon aku akan mengasapkan telefon bimbit itu dengan kemenyan..

Telefon bimbit itu mempunyai sejarah tersendiri. Bermula dari zaman kerajaan Srivijya sampailah ke tanggal 31 Ogos 1957..

Aku tanpa segan silu membebel keseorangan sambil membelai telefon bimbit pusakaku itu dengan penuh kasih-sayang. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya..

Tiba-tiba lamunanku dikejutkan. 'Hoi, kau gilakah?? memeluk cium handphone berkarat tu? Uweeekkk..' Seorang pakcik tua yang sudah meluat kejelekan menyergah.

Mataku merah menyala seperti puaka hutan yang dahagakan darah..Aku tidak memberi apa-apa jawapan.

Aku terus memekik dengan penuh gegak-gempita umpama seekor garuda. "HUARGHH, HUARGHH"

Pakcik tua itu hampir kepitaman melihat reaksiku sampai keciritan di dalam seluar..
Aku ketawa mengilai melihat gelagatnya. Mengilai seperti langsuir. Mengilai semahu-mahunya..Suaraku bergema hingga kedengaran sampai ke stesen Bandaraya..

TAMAT

Epilog: Pemilik telefon bimbit pusaka itu akhirnya beredar ke restoran KFC yang berdekatan setelah penat dan kelaparan akibat membebel dan mengilai seperti pesakit mental.
 
dlm cite ni pun ade kfc....
 
Back
Top
Log in Register