BTC USD 83,069.2 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Para Wali2 Allah.

rasa2nya mengapa umat islam skrg tak sekuat/berilmu mcm umat terdahulu?umat terdahulu....ramai yg mempunyai keberkatan ilmu sehinggakan dapat berjalan atas air,merentasi bumi dlm sekelip mata....dll.bukan mereka yg mintak tapi anugerah allah utk hamba2 nya yg soleh.mengapa skrg ilmu kita tak seberkat mereka?????mengapa solat kita tak khyusuk???ada byk lagi persoalan2 yg masih memerlukan jawapan.....

ramai kita belajar agama disekolah,surau2,masjid,pondok.....itu semuanya elok dan baik.tapi pernah kah kita mengusulkan ilmu tersebut hingga pertaliannya sampai kpd rasulullah saw?memang susahkan...tapi itulah hakikatnya yg menyebabkan sedikit demi sedikit keberkata ilmu tu hilang.sbb mana ilmu yg tak ada pertalian ilmu kpd rasulullah maka ilmu tu tak berkat....syaitan mungkin ada ditengah2nya.lepas tu.....ilmu telah di ambil drp guru,tapi pernahkah minta izin dgn guru utk mengamalkannya??
ramai org kata dia ada guru.....tapi adakah guru tu sebenar2 guru???.guru sepatutnya dapat melihat kelemahan/dosa anak muridnya.....lalu diberi zikir/istighfar yg sesuai utk kesalahan murid tersebut.contoh:katakanlah murid ni dah claim lebih semasa bekerja....guru tu sepatutnya dah dapat lihat akan kesalahan yg dilakukan oleh muridnya,lalu menasihati utk bertaubat.zikir/istighfar pulak bukan boleh ambik mcm tu aje....tapi perlu diijazahkan oleh guru....baru berkat.cuba tanya diri kita skrg....berapa ramai yg mengamalkan zikir/istighfar yg diijazahkan oleh guru???zikir2 yg mcm nilah yg boleh membentuk diri,menyuci diri....kalu baca baru syaitan,iblis,jin pun takut.tak payah lagi cari tok dukun,pawang.... bila zikir2 diijazahkan,bermakna zikir itu ada pertalian dgn rasulullah.biasanye semasa diijazahkan zikir tu...guru akan menyatakan pertalian susur galur zikir tersebut...

ini hanya pandangan aku je....kalu salah boleh betulkan.
ok cukup dulu.....lain kali tambah lagi.

betul......tak salah pun....itu pada pandangan aku pulak laa...
 
setuju atau tak (tak setuju pun tkpe) kalau aku katakan,wali/sufi ni tak der mazhab kerana diorang terus kepada Allah, kesimpulan yg diorang buat adalah,setiap mazhab yg 4 tu semuanya nak pegi kepada ALLAH jugak, maksudnya semuanya satu tujuan,amalan semuanya sama,cuma perbezaan mazhab terjadi sebab kehidupan/zaman antara mazghab2 itu berbeza tapi tujuan tetap sama.

maaf...ini aku tk jumpa dalil naqlinya...ini ustad aku yg cakap laaa....
 
setuju atau tak (tak setuju pun tkpe) kalau aku katakan,wali/sufi ni tak der mazhab kerana diorang terus kepada Allah, kesimpulan yg diorang buat adalah,setiap mazhab yg 4 tu semuanya nak pegi kepada ALLAH jugak, maksudnya semuanya satu tujuan,amalan semuanya sama,cuma perbezaan mazhab terjadi sebab kehidupan/zaman antara mazghab2 itu berbeza tapi tujuan tetap sama.

maaf...ini aku tk jumpa dalil naqlinya...ini ustad aku yg cakap laaa....

itu jugak yg aku belajar.....:D :D
 
setuju atau tak (tak setuju pun tkpe) kalau aku katakan,wali/sufi ni tak der mazhab kerana diorang terus kepada Allah, kesimpulan yg diorang buat adalah,setiap mazhab yg 4 tu semuanya nak pegi kepada ALLAH jugak, maksudnya semuanya satu tujuan,amalan semuanya sama,cuma perbezaan mazhab terjadi sebab kehidupan/zaman antara mazghab2 itu berbeza tapi tujuan tetap sama.

maaf...ini aku tk jumpa dalil naqlinya...ini ustad aku yg cakap laaa....


Al ustaz ko bagusla.xnak ker amik murid.terutama cam aku ni paling cikai.
 
Al ustaz ko bagusla.xnak ker amik murid.terutama cam aku ni paling cikai.


apa yg cikai......kalu dah di alam musyahadah!!bila dah di alam ni.....kamu dah kenal allah..tiada lagi hijab......sentiasa bersama allah.tinggi makamnya tuuuu...:D :D :D
 
apa yg cikai......kalu dah di alam musyahadah!!bila dah di alam ni.....kamu dah kenal allah..tiada lagi hijab......sentiasa bersama allah.tinggi makamnya tuuuu...:D :D :D

wahh masing dah tinggi makam tuu....bagus lah..aku masih bermujahadah jerr:"> :"> :">
 
Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Maqamnya yang terletak yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat terutama pada hari-hari cuti.

Pengunjung makam itu bukan sahaja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara2 Asia yang lain. Ini menunjukkan bahawa Habib Nuh lebih mashur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.

Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku kepada dirinya dan cerita2 itu belum ditulis dalam bentuk buku atau manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian2 aneh yang berlaku ke atasnya yang mengambarkan beliau sebagai orang kerohanian yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi.

Hadiri Sidang Wali-wali

Orang hanya mengenali Sayid Habib Nuh sebagai wali Allah yang mempunyai pelbagai karamah tetapi tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang hampir dirinya dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai rijalullah atau rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar.

Barangkali tugas yang tersembunyi inilah yang diberikan kepada orang2 seperti Nabi Khidir a.s. pada zaman Nabi Musa a.s., Abu Huzaifah r.a. pada zaman Saidina Umar Al Khattab r.a. dan Uwais Al Qarni pada zaman sahabat dan tabi’in.

Nabi Khidir a.s. umpamanya, seorang yang tinggi kerohanian dan kasyaf sehingga nabi Musa a.s. berguru dengannya dalam bidang kerohanian. Dengan kata lain, dalam soal menyingkap rahsia alam ghaib, Nabi Khidir a.s. melebihi Nabi Musa a.s. walaupun makam Nabi Musa lebih tinggi kerana selain terkenal di kalangan bani Israel, Nabi Musa a.s. seorang rasul bertaraf ulul azmi. Banyak riwayat mengatakan Nabi Khidir a.s. masih hidup dan masih berperanan [di alam kerohanian].

Abu Huzaifah r.a. pula dikurniai keistimewaan kasyaf ; boleh mengenali orang2 munafik. Malah Saidina Umar Al Khattab r.a. sewaktu menjadi khalifah sentiasa mendapat panduan daripada Abu Huzaifah untuk mengenal pasti orang2 munafik khususnya dalam menentukan seseorang yang meninggal dunia itu Mukmin atau munafik. Walhal Saidina Umar terkenal sebagai sahabat yang lebih kanan dan dijamin masuk Syurga. Jelaslah Allah SWT membuka tirai hijab bagi Abu Huzaifah yang melihat perkara2 yang orang lain tidak dapat melihatnya.

Demikian juga dengan Uwais Al Qarni yang “tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit”. Beliau adalah seafdhal2 tabi’in. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali supaya menemui Uwais dan “mintalah doanya”. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali terkenal dengan ketakwaan dan tinggi kerohanian.

Maka kedua2nya Saidina Umar dan Saidina Ali dari tahun ke tahun sibuk di musim Haji bertanya khabar kepada setiap khafilah yang datang dari Yaman kalau2 terdapat seorang yang bernama Uwais Al Qarni seperti yang sudah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu. akhirnya bertemu juga.

Uwais Al Qarni rupa2nya hanya seorang khadam pengembala kambing bagi khafilah dari Yaman yang disertainya. Dia tidak dipedulikan dan disangka seorang yang tidak begitu siuman. Tetapi matanya kebiru2an dan kepalanya sentiasa dihanggukkan kerana berzikir. Apabila diminta berdoa untuk mereka, Uwais Al Qarni menjawab : “Aku tidak akan mendoakan kamu berdua tetapi aku berdoa untuk kesejahteraan semua manusia.” Nyatalah doa orang seperti Uwais Al Qarni sangat makbul dan ianya diperlukan oleh dunia.

Berdasarkan ciri2 istimewa yang ada pada Nabi Khidir a.s., Abu Huzaifah r.a. dan Uwais Al Qarni r.h. maka ciri2 yang sama juga ada pada As Sayid Habib Nuh. Ini diakui oleh Syed Omar bin Abd. Kadir Al Idrus, seorang ulama, cucu Tukku Paloh, sewaktu ditemui beberapa tahun lalu.

Pada masa hidupnya, Habib Nuh tidak dipedulikan malah dikatakan gila, tidak gemar bergaul dengan manusia. Cuma beliau dikenali sebagai seorang yang sangat menyayangi kanak2 kerana kanak2 tidak berdosa dan dijamin Syurga.

Dan Habib Nuh tidak meninggalkan apa2 jasa berbentuk lahir seperti sekolah, kitab2 atau masjid yang beliau bangunkan. Tidak ada. Anehnya, setelah meninggal dunia, beliau sangat mashur.

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.

“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.

“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.

“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.

Cerita ini mengambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

Menunduk Gabenor Yang Angkuh

As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :

colonial-horse-cart.jpg

As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki Gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah an bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu Gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika Gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang2nya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. Tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.




Sumber Buku : Tujuh Wali Melayu

cucu Sheikh Habib Nuh ni x salah aku nama dia Habib Hassan... muda, segak, hensem, warak, alim....

x salah aku Habib Nuh ni pengasas wirid Ali Al-Attas...


wallahualam...
 
Last edited:
aku pernah dengar cerita pasal habib Nuh ni...
antaranya x salah aku...

dia wafat sebelum subuh, lepas semayang subuh dia dah dikebumikan... cepat btol...

kalau bukan dia, maybe anak dia... Habib apa aku dah lupa...
cucu dia aku penah tgk... Habib Hassan...
 
ada seorg tu dr Singapore jugak...
dia claim dia keturunan Rasulullah s.a.w....

nama dia x salah aku Sheikh Maulana Muhammad...
org dia kalau kita tgk wajahnya... sejukkkkk jer...
sentiasa senyum jek.... mulut dia sentiasa sebut
"Subhanallah, Masya-Allah, Alhamdulillah"...
asal borak jek, mesti terkeluar 3 perkataan tu...

aku kenal dia ni melalui seorg brother ni, bro ni bley tahan warak gak laa...
 
org kelantan mungkin biasa dengar nama Tok Wali Hassan...

Zaman dulu org kelantan suka laga ayam, laga lembu & kerbau...
dr kampung ke tempat berlaga kena lalu depan umah Tok Wali...

org akan cuba mengelak bertemu dgn Tok Wali Hassan ni...
sebab diceritakan bahawa...

ada beberapa org masa lalu depan umah Tok Wali Hassan ni penah dipanggil oleh Tok Wali... tanya nak gi mana ? org ni cakap nak gi laga... Tok Wali tgk laa binatang yang nak dibawa berlaga... diusap2nya binatang tu sambil cakap... "baik ayam/lembu/kerbau ni" berulang2 kali...

bila sampai kat tempat laga... ayam/lembu/kerbau yg sebelumnya terkenal dgn garang, terus jadi 'baik'.... so, x berlaga laa.... huhuhuhu

wallahualam...
 
Back
Top
Log in Register