BTC USD 83,745.9 Gold USD 4,204.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Para Wali2 Allah.

hehehe..sama jer alam kiter.
ulang sana ulang sini situ jugak ko nanti.
nk kenal Allah,jauh lagi tu bang..
hijab memang xder pun..hati tu jer..
nk bersama Allah kenelah buang mahkluk..sanggup ker??

tak nak kerr????:D :D
 
hehehe..sama jer alam kiter.
ulang sana ulang sini situ jugak ko nanti.
nk kenal Allah,jauh lagi tu bang..
hijab memang xder pun..hati tu jer..
nk bersama Allah kenelah buang mahkluk..sanggup ker??

nak buang kat mana beb?
 
ok ok kita semua bukan wali Allah. ada sesapa lagi nak kongsi citer wali Allah di sini?
 
ok ok kita semua bukan wali Allah. ada sesapa lagi nak kongsi citer wali Allah di sini?

wah terer tol ko beb..leh tau wali ke idak...dahsyat...


apa yg aku tahu.. ader beberapa cara leh capai tahap wali nie..dgn RahmatNya jua...

1. melalui doa anbia, dan para wali..cth seperti Saidina Umar yg telah mendapat hidayah dan mendapat maqam sebegitu berkat doa nabi muhd saw...juga halnya yg terjadi pada ibnu abbas..juga terjadi keatas para sahabat yg lain

2. org yg dijemput oleh Allah atau pun ditarik ke hadratNya.. nie jenis yg terpilih..majzub salik...tapi masih memerlukan mursyid utk bimbingan seterusnya...

3. melalui jalan mujahadah... hahaha.. ini yg paling byk org dapat...sumer itu rahmatNya beb..

so jgn cepat jatuh hukum...

p/s: sentiasa berperasangka baik..Allah mengikut apa yg kamu sangkakan....
 
xder cerita wali lagi ker.senyap jer
 
Last edited:
Nak memang nk,tanya lah sume orang saper yg xnak bersama Dia,
Tp jalannyer..hehe panjang,mujahadahlah campur doa smoga diberi rahmat.
panjang?? tak panjangpun...nie pantunnya..apa ada dalam bilah..dalam bilah ada buluh..(sambung dalam hati jer)..:) :)
 
Last edited:
wah terer tol ko beb..leh tau wali ke idak...dahsyat...


apa yg aku tahu.. ader beberapa cara leh capai tahap wali nie..dgn RahmatNya jua...

1. melalui doa anbia, dan para wali..cth seperti Saidina Umar yg telah mendapat hidayah dan mendapat maqam sebegitu berkat doa nabi muhd saw...juga halnya yg terjadi pada ibnu abbas..juga terjadi keatas para sahabat yg lain

2. org yg dijemput oleh Allah atau pun ditarik ke hadratNya.. nie jenis yg terpilih..majzub salik...tapi masih memerlukan mursyid utk bimbingan seterusnya...

3. melalui jalan mujahadah... hahaha.. ini yg paling byk org dapat...sumer itu rahmatNya beb..

so jgn cepat jatuh hukum...

p/s: sentiasa berperasangka baik..Allah mengikut apa yg kamu sangkakan....

wah, ko lagi terer dari aku..lagi dahsyat..

ok ok di antara kita ada wali Allah. Ada sesape nak kongsi citer wali Allah?
 
Wali Di Tuduh Mencuri

Kisah ini di cerikakan oleh Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut. Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg, barang-barang digelidah tetapi tidak menjumpai barang yang di cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun. Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri, Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air. Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya. Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu. kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.

Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya". Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mulah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan'.
 
Back
Top
Log in Register