TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
San Francisco: Ketua Pengarah Eksekutif Twitter Dick Costolo mendedahkan dia dan pekerjanya menerima ancaman bunuh daripada kumpulan Negara Islam (IS).
Menurut Costolo, pihaknya kerap menutup akaun IS selepas mendapat tahu ia digunakan untuk menyebarkan berita atau maklumat mengenai kumpulan berkenaan.
“Selepas beberapa kali ia berlaku, beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan IS menggunakan Twitter untuk mengisytiharkan pengurusan dan pekerja kami patut dibunuh.
“Sudah pasti kami terkejut dan agak takut dengan pengumuman itu,” katanya ketika Persidangan Vanity Fair New Establishment.
Sehubungan itu, Costolo mengingatkan pentingnya mengimbangkan kebebasan bersuara secara terbuka yang masih perlu dilakukan secara berbatas termasuk campur tangan kerajaan jika perlu.
Terdahulu, Presiden Aspen Institute Walter Isaacson berkata, IS menggunakan media sosial untuk menyebarkan agendanya.
Malah, Twitter digunakan untuk memaklumkan masyarakat dunia mengenai video dimuat naik pertubuhan berkenaan di YouTube yang menunjukkan wartawan Amerika Syarikat James Foley dipenggal mati. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AncambunuhCEOTwitter/Article/index_html