BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tumbuhan Perubatan Di Malaysia Diancam Kepupusan - CAP

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
75b97a7ee8db2486a6d654406226024e667168d13330e

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan terhadap penurunan ketara populasi tumbuhan perubatan yang diancam kepupusan di negara ini, sekali gus menyifatkan ia sebagai krisis yang boleh menjejaskan kesihatan awam, biodiversiti dan ilmu perubatan tradisional yang telah diwarisi sejak turun-temurun.

Bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia, Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata kehilangan flora perubatan tidak mendapat perhatian sewajarnya berbanding usaha pemuliharaan hidupan liar lain, walaupun sumbangannya sama penting dalam penjagaan kesihatan, warisan budaya dan kelangsungan ekonomi masyarakat.

“Punca kemerosotan ini sebahagian besarnya disebabkan faktor manusia seperti penebangan hutan untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur, penuaian berlebihan bagi memenuhi permintaan komersial, penguatkuasaan undang-undang pemuliharaan yang lemah, perubahan iklim, spesies invasif, tahap kesedaran awam yang terhad dan sifat tamak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohideen menegaskan tumbuhan perubatan seperti tongkat ali, gaharu dan kacip fatimah bukan sahaja menjadi tunjang kepada amalan perubatan tradisional, malah turut menyokong industri global seperti farmaseutikal, kosmetik, produk makanan dan barangan kesihatan.

Sehubungan itu, beliau berkata tema tahun ini, “Tumbuhan Perubatan dan Aromatik: Memulihara Kesihatan, Warisan dan Mata Pencarian”, menekankan peranan penting spesies tumbuhan liar dalam mengekalkan penjagaan kesihatan, memelihara tradisi budaya serta keselamatan ekonomi.

Mohideen berkata hutan hujan tropika Malaysia diiktiraf sebagai antara kawasan utama biodiversiti terkaya di dunia dan menjadi habitat kepada ribuan spesies tumbuhan yang mempunyai nilai terapeutik.

Sejak turun-temurun, masyarakat tempatan dan pengamal perubatan tradisional bergantung kepada sumber semula jadi tersebut untuk merawat pelbagai penyakit serta meningkatkan kesejahteraan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa beberapa tumbuhan perubatan penting kini berdepan ancaman pemuliharaan yang serius, antaranya Eurycoma longifolia atau tongkat ali, yang dipasarkan secara meluas sebagai penambah tenaga dan suplemen vitaliti lelaki.

“Permintaan domestik dan antarabangsa yang tinggi telah menyebabkan penuaian meluas daripada habitat liarnya. Disebabkan pertumbuhan spesies ini yang perlahan, populasi semula jadi tumbuhan ini terdedah kepada risiko kepupusan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register