BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News CelcomDigi, Maxis & U Mobile Akan Buka Tempahan iPhone Awal Pada 22 September

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,630
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,630
Reaction score
7,745
Points
916
CelcomDigi, Maxis & U Mobile Akan Buka Tempahan iPhone Awal Pada 22 September

Apple telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro. Apple mengekalkan empat model untuk siri ini iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Menurut Apple Malaysia, tempahan awal untuk semua model iPhone 15 akan dibuka mulai 22 September 2023. Jualan pula akan bermula seminggu kemudian, pada 29 September 2023.
​

Tempahan awal iPhone 15 di CelcomDigi, Maxis & U Mobile​

Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi (telco) utama Malaysia telah mengumumkan kesediaan mereka untuk tempahan awal siri iPhone 15. Tiga telco telah menyatakan kesediaan mereka iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

230915-CelcomDigi-iPhone-15-Pro-tempahan-awal-1024x877.jpg


Untuk telco yang baru bergabung, CelcomDigi menerima tempahan awal siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro secara atas talian, di Kedai Online Celcom atau di Kedai Online Digi, pada 22 September 2023 mulai pukul 12.01 tengah malam.

Di Maxis pula, mereka juga menerima tempahan awal siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro secara atas talian. Lebih mudah, Maxis menyediakan panduan untuk melakukannya. Tetapi Maxis dilihat mahu pengguna bertukar kepada pelan baru Maxis Postpaid 5G dan pelanggan perlu memastikan mereka tidak lagi terikat dengan kontrak lebih dari sebulan.

230915-Maxis-iPhone-15-Pro-tempahan-awal-1024x625.jpg


Jika ia sama seperti tempahan sebelum ini, mungkin Maxis akan menggunakan sistem beratur maya. Untuk itu, pelanggan perlu bersedia dengan sambungan internet yang pantas dan stabil untuk memastikan kejayaan menempah peranti yang diingini.

Selain itu, Maxis juga menawarkan pembayaran secara ansuran tanpa faedah, selama 24-bulan atau 36-bulan melalui program Maxis Zerolution. Maxis turut menerima peranti lama melalui program tukar tebus bersama CompAsia, serta hadiah bernilai lebih RM12,000.

230915-U-Mobile-iPhone-15-Pro-tempahan-awal-1024x516.jpg


U Mobile juga telah memuat naik poster mengenai tempahan awal siri iPhone 15 pada 22 September 2023. Tetapi belum ada maklumat lanjut mengenainya, seperti di mana atau bagaimana untuk membuat tempahan.
​
 
Back
Top
Log in Register