BTC USD 84,779.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom perkenal PortaWiFi

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Celcom perkenal PortaWiFi


CELCOM Axiata Bhd (Celcom), penyedia telekomunikasi mudah alih terkemuka di negara ini yakin untuk mencapai pertumbuhan jumlah pelanggan jalur lebarnya kepada sejuta orang sebelum akhir tahun ini.

Ketua Operasi Data Dimajukan Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom juga sekali lagi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang memperkenalkan kemudahan sambungan WiFi mudah alih, PortaWiFi.


Katanya, pada masa ini Celcom sudah pun mempunyai 957,000 pelanggan bagi segmen jalur lebarnya di seluruh Malaysia dan optimis dapat mencapai sejuta pelanggan seperti yang disasarkan.

“Kami percaya jumlah itu dapat dicapai memandangkan semua pihak bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Malaysia, selain disokong dengan pengenalan PortaWiFi yang mempunyai liputan lebih pantas di mana saja pengguna berada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan PortaWiFi di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, Celcom turut mendapat kerjasama dari syarikat PT Huawei Tech Invesment. PortaWiFi juga sangat mudah digunakan dan mampu menjadi alat hotspot WiFi mudah alih peribadi pelanggan.


Afizulazha berkata, pengguna PortaWiFi juga boleh berkongsi dan menikmati akses yang lancar dan pantas pada bila-bila masa di seluruh jaringan mudah alih Celcom seluruh negara dengan kelajuan data lebih 21Mbps.

Beliau berkata, PortaWiFi membolehkan pengguna untuk berkongsi kelebihan sambungan segera di Wilayah Celcom dengan lima peranti lain digunakan rakan atau keluarga.


“Pihak kami juga yakin PortaWiFi akan mendapat sambutan yang luar biasa kerana ia mampu menjadi hotspot jalur lebar mudah alih di mana-mana saja dengan rangkaian cemerlang di seluruh wilayah Celcom. “PortaWiFi didatangkan dengan pakej pelan sebulan Celcom Broadband Basic (RM68), Celcom Broadband Advanced (RM98), Celcom Broadband Pro (RM138) dan boleh didapati di semua cawangan Celcom BlueCube seluruh negara,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/CelcomperkenalPortaWiFi/Article
 
Salam,

Dgr kata modem tu kene tarik balik dari pasaran.
 
Celcom skang ade pakej Wifi..
lagi murah tapi coverage x pasti luas ke tak..
 
aku tgh pakai... review aku... sucks giler... better jgn amik nnti menyesal.
 
gmbonya mcm mn?yg cucuk kt plug 3 pin tu ke?

yup yg cucuk pakai plug 3 pin tu la.. aku duk kat shah alam seksyen 7 aku check coverage hspda ada full kat sini.. tapi aku buat speed test baru dapat dalam 2mb download speed pastu asyik putus2 alahai tension nya...


ada sape leh suggest x ape yang aku perlu buat.. aku baru je subscribe xsampai seminggu... dah la contract setahun..
 
ada trial 7 hari kan?

ini aku baru bwk balik maxis nya selow je 0.19mbps
 
Back
Top
Log in Register