BTC USD 83,069.2 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom perkenal pelan prabayar Xpax Turbo

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
1916nabil1_1472709351.jpg

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini memperkenalkan pelan Xpax Turbo dengan Internet percuma sehingga 10GB dan data percuma bagi aplikasi Facebook dan Youtube setiap bulan.

Xpax Turbo menawarkan pelan Internet prabayar pada harga RM10 bersama data 1.5GB dan pelan mingguan RM10 yang memberi kelebihan menonton video dalam talian dengan lebih pantas pada waktu malam.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Xpax Turbo adalah pakej komprehensif dan memberi pelanggan akses kepada perkhidmatan Internet prabayar dengan tawaran serendah RM5.

"Pelanggan Xpax Turbo boleh menikmati sehingga 10GB Internet secara percuma setiap bulan atau 333MB setiap hari bermula 1 hingga 7 pagi.

"Untuk menikmati lebih kuota Internet, pelanggan boleh melanggan satu daripada lima pilihan pelan Internet yang dilengkapi dengan kuota data percuma bagi Facebook dan YouTube pada harga RM5 hingga RM80," katanya pada majlis pelancaran Xpax Turbo di sini, hari ini.

Antara lima pelan yang ditawarkan adalah pelan tiga hari untuk RM5 (300MB), manakala pelan bulanan RM30 (4GB), RM50 (9GB) dan RM80 (15GB).

Pelanggan akan mendapat harga pengenalan secara percuma dan data 200MB berkelajuan tinggi, kredit pramuat RM6 dan kadar panggilan 24 sen setiap minit.
 
mahallllll...baik pakai yg skrg ni..burung hantu unlimited pack.cuma rm10 je extra topup..
 
mahal la. ak masih pakai digi seminggu rm3 haha
 
1-7 pagi menggalakkan remaja dok berjaga main internet...pastu tido sepanjang hari....jadilah manusia yg tidak produktif

betul....1-7 pagi tu juga mengalakan remaja/dewasa tengok porn
 
Celcom kencing kuat...dh rmai yg amik nnt dia tukar plk plan tu mcm sim burung hantu..dh x unlimited plk.kahkahkah
 
celcom ni xyah la pening kepala buat pelan baru

kalau menten je burung hantu yang original tu..dah setel dah
 
Back
Top
Log in Register