BTC USD 84,779.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom Pelan XPAX FATTNET

matjamal

Fun Poster
Messages
142
Joined
Sep 8, 2012
Messages
142
Reaction score
1
Points
15
Celcom Menawarkan Pelan XPAX FATTNET – RM88 Sebulan Untuk 8GB Data, 88 Minit Panggilan


Celcom semalam telah memperlihatkan pakej pascabayar mereka yang menawarkan data sehingga 10GB pada harga langganan bulan RM80. Hari ini, mereka turut memperkenalkan sebuah pakej prabayar baru yang ditawarkan untuk waktu terhad dinamakan sebagai XPAX FATTNET.
XPAX FATTNET ini hadir dengan penawaran data bulanan 8GB, 88 minit panggilan percuma dan juga 88 SMS percuma. Memandangkan ia hadir dibawah pakej XPAX, maka pengguna turut boleh menikmati Internet Burung Hantu antara pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Pengguna juga turut boleh mengakses kepada perkhidmatan muzik mereka, Yonder Music tanpa had melalui pakej XPAX FATTNET.

Pengguna XPAX yang berminat boleh melanggan kepada pelan ini bermula daripada 5 Februari hingga 31 Mac 2016 ini dengan menghantar SMS “NET88” kepada 28882.


postpaid
Celcom Menawarkan Pelan Panggilan Dan SMS Tanpa Had, Data Internet Sehingga 10GB, Bulanan RM80

Selepas beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan pelan panggilan tanpa had pada harga rendah, kini Celcom turut hadir dengan pakej mereka tersendiri – menawarkan pelan panggilan dan SMS tanpa had kepada semua rangkaian pada langganan RM80 sebulan.
Pelan ini turut hadir dengan penawaran internet sebanyak 10GB data – yang mana dibahagikan kepada 5GB data bulanan, dan 5GB penggunaan data ketika penghujung minggu (1.25GB pada setiap hari Sabtu dan Ahad).

Celcom turut menawarkan internet percuma 5GB melalui Celcom WiFiPlus, selain membolehkan pengguna membawa kuota data yang tidak digunakan ke bulan depan. Penawaran Yonder Music percuma seperti pelan Celcom lain turut ditawarkan melalui pelan ini.
 
adus... rm80. apa nak dikato, kalau bawah rm65 atau ngam2 rm65 pasti ada pilihannyeeeee..
 
NET88 = RM88 Sebulan Untuk 8GB Data, 88 Minit Panggilan, 88 SMS percuma
NET77 = RM77 Sebulan Untuk 7GB Data, 77 Minit Panggilan, 77 SMS percuma :)
NET66 = RM66 Sebulan Untuk 6GB Data, 66 Minit Panggilan, 66 SMS percuma :D
NET55 = RM55 Sebulan Untuk 5GB Data, 55 Minit Panggilan, 55 SMS percuma ~X(
 
NET88 = RM88 Sebulan Untuk 8GB Data, 88 Minit Panggilan, 88 SMS percuma
NET77 = RM77 Sebulan Untuk 7GB Data, 77 Minit Panggilan, 77 SMS percuma :)
NET66 = RM66 Sebulan Untuk 6GB Data, 66 Minit Panggilan, 66 SMS percuma :D
NET55 = RM55 Sebulan Untuk 5GB Data, 55 Minit Panggilan, 55 SMS percuma ~X(


Xde pon net 55.. ke mmg xwujud?
 
aku ingat 8gb untuk 2-3 bulan,

tapi cuma 1 bulan je, dem.
 
masih mahal berbanding negara jiran...
apa guna teknologi 4g jika kuota masih terhad...
 
masih mahal berbanding negara jiran...
apa guna teknologi 4g jika kuota masih terhad...

malaysia semua benda politik bro,

internet politik, digital tv politik.
 
Kalaulah Celcom bijak buat internet 9GB/90 hari RM90 mesti ramai yang langgan.
 
12321194_1087508151312545_1292478307371047070_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register