BTC USD 83,330.9 Gold USD 4,177.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom BB -5GB Bandwith Permonthly -Apa Pendapat Kamu

aku pon tgh bercadang nk terminate 3G celcom neh, makin lama makin hampas plak, tp kena byar 300 la sebab aku register ada kontrak 2 tahun :(



dulu aku pakai celcom berukband...kontrek dua taun...nak terminate camne?senang jek..ko jgn bayar selama 3 bulan,dia automatik akan terus potong line ko..ko jgn risau,dia charge 3 bulan tu je..pas dia potong line ko,dia xkan cas..so,ko kna bayar utk 3 bulan jek lah..:)cgrock:)cgrock
 
pas celcom beruk band,saya pakai maxis berutband plak..erm,leh tahan la,,,laju gak....:) tp kdg2 hampeh..sbb line dia x stabil..ye la kan,celcm n maxis erukband ni dia pakai system jenis kanopi..:) pastu skang pakai p1..amek pakej rm99...lagi hampeh...yg ni mcm kanopi gak,tp dia pakai tembak isyarat..:) mcm ada bro sape tah ckp lam ni td,yg paling stabil adalah streamyx...oh ye,kat uma korang,mmg dia nmpk pakai kael..tp seenarnya kalo dari luar,dia pakai cooper...:) kalo kwn2 amik pakej 1m dan ke atas,dia akan pakai fiber atau gentian kaca..apa bezanya cooper dan fiber?cooper dibuat dr kuprum...fiber dibuat dari kaca..kooper ni,dia mengalirkan data seperti kabel lektrik yg mengalirkan lektrik..:) tp fiber lak dia menggunakan konsep pantulan...amik contoh lagi,kalo korang pakai astro bandingkan dgn org yg pakai ariel tv tohh...pasan tak kalo ujan,astro xdpt line?tp yg ariel tv tu dpt jek line?:)
 
pengalaman sedih ku ngan mazis...minta maaf, bukan spam ek

assalamualaikum warga cg,:)cgrock

agak memberangsangkan citer² pasal wireless ni.

skang aku tgh pakai mazis, terus terang, hampeh. ~X( customer srvc 3/4 hampeh (dasar makan gaji), 1/2 dari suku, pembuak kemarahanku, pasal acuh x acuh (hello, kami yg bayar gaji korang oiiii), yg lebih nyer tahap ok la.

berikut adalah setulus-tulusnye pengalamanku ngan mazis. :o problem seminggu selepas cooling period tryout tu (mar'09). asyik dpt line 2.5G jerr. complain³, srvc makin teruk. asyik dc tiap 5~10min. terukkan? x5 complain. last skali, jawapan tech dorang, "Your location unfortunately compromises the signal strength. it's upto 5 stories high and your location is too high" :-? bab aku tinggal lebih dari lima tingkat kat puchong ni. aku jawaplah "r u telling me it is my fault that i live in high rise building and cannot enjoy ur bb, but u've been enjoyng my pymnt 4 the last 1/2 year? this wasn't explain to me by your marketeer when i sign up for your srvc. wtf? (selamba, hamburrr) this should have been told to me b4 i signed the agreement! if i terminate now, how about the rm200 handling fee? i don't want waiver! i want discount for all the months ive accidentally paid to you ppl!!" konklusinyer, dpt waiver jer...& handling rm200 psl terikat kontrak tupid dorang tu alhamdullilah dimansuhkan.

pjng citer aku ni, sorri ek. just kongsi pengalaman ngan berukban mazis. insy'allah dapat membantu mana² warga cg yg tgh membuat pilihan bb.

wassalam.

p/s: nih nak post reply ni terpaksa kena ***** balik mazis, pasal dah dc...hampeh!!!
 
Dah lah sekarang line slow,ditambah lagi ngan kekangan GB, apa lah company celcom ni buat, Beruk pun panjat pokok pun laju
 
Asal malam ajer sesak,
Asal malam ajer sesak,

Lemau betul lah Celcom BB ni, pelanggan nya semakin ramai, pencawang + server tak tambah , bertambah untung ler
 
5gb je bandwidth :D
1 hari aku boleh habiskan..
celcom bb ni tak sesuai utk org kaki download cam aku.. :D
 
sume beruk band kt m'sia nie mcm hampeh...untung jer lebih :mad:
 
SAya rasa nak tulis surat rasmi ke Celcom BB, nak tahu lah apa perkembangan terbaru dan nak tahu tahun depan vision company ini, atau kekal d takuk lama ajer service nya
 
Ada sesiapa tak mempunyai cara @ idea @ teknik untuk Uncapp speed atau Unthrottle Celcom BB ,5GB sebulan yg ditetapkan,
 
nk tau sbb ape celcom or ISP yang wat bband ni wat limit bandwith? pendapat aku jela kan...

bband ni masih mentah kat malaysia ni. so dekat tower setiap pengendali ISP ada had2 tertentu untuk trafik. bygkan la bband lagi nk guna. video call lagi nk guna, voice call lagi. semua diatas 1 tower.

tujuan penetapan 5gb sebulan cthnya celcom adalah untuk memberi peluang kepada pengguna yang lain untuk menikmati kelajuan yang stabil. kira kita share la. tp mmg shre pon. sbb 1 ip kita share ramai. bukan mcm streamyx.

bygkan korang lakukan download ngan speed maksimum. pengguna lain akan terjejas denagn kelajuan sambungan BB mereka. n, kalaulah celcom tidak mengenakan limit untuk bandwith kepada semua pengguna celcom BBand saya rasa mesti kita akan mengalami kesesakan trafik yang teruk. ini menyebabkan gangguan speed internet pula. so korang komplen jugak. speed pulak lembab.

yang boleh menyelesaikan masalah ini adalah pengendali ISP malaysia perlu menggunakan cable n server yang dapat menampung kepadatan dan kelajuan trafik data yang tinggi. kalau korang xnak kena cap selepas 5gb korang gunala pakej Gateway celcom, xda limit bandwith pon. tp monthly xsilap rm200 lebih.
 
Back
Top
Log in Register