balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kepala Ismail cedera selepas terkena libasan parang penyamun. - Foto oleh Sharifudin Abdul Rahim
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Seorang pembantu tadbir Sirim cedera ditetak penyamun, selepas mengeluarkan wang berjumlah RM3,500 daripada sebuah bank di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, mangsa, Ismail Zainal, 54, cedera di kepala akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.
Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Ismail memberitahu, kejadian berlaku di tempat letak kereta di Persiaran Bandaran Seksyen 14 di sini. Keretanya tiba-tiba dihalang sebuah kereta Proton Saga warna putih.
“Penjenayah berkenaan meluru ke arah saya dan merampas sampul surat berisi wang tunai milik majikan, tiba-tiba seorang lagi daripada mereka melibas parang. Parang terkena di belakang telinga, kemudian mereka melarikan diri.
“Dalam keadaan berlumuran darah, saya sempat menghubungi isteri memaklumkan kejadian. Mujurlah ada seorang pemuda menghantar saya ke hospital,” katanya, yang terpaksa menjalani pembedahan kira-kira 2 jam.
Menurut Ismail, doktor memaklumkan dia menerima lebih lima jahitan di kepala, namun bersyukur kini keadaannya stabil walaupun masih fobia dan terbayangkan kejadian yang menimpanya.
Sementara itu, Ketua Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut masih dalam siasatan.
“Kita mohon orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan, dipercayai kumpulan penyamun itu terdiri daripada tiga orang,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/cedera-kepala-ditetak-penyamun-1.232653