eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GUA MUSANG: Hanya kerana menegur cucu tirinya berusia 19 tahun bermain lastik, seorang nenek berusia 54 tahun cedera ditetak dengan pedang samurai dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa bernasib baik apabila senjata digunakan cucunya itu tumpul menyebabkan dia hanya mengalami lebam pada bahu kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan bergelut kira-kira 15 minit dengan suspek sebelum remaja itu melarikan diri dengan melintas landasan kereta api sebelum hilang dalam kawasan hutan berhampiran.
Mangsa, Mariam Salleh, berkata sebelum kejadian, cucunya itu dikatakan bermain lastik dengan melastik rumahnya dengan batu jam 4 petang.
Katanya, dia menegur perbuatan suspek menyebabkannya mengamuk dan menyerang di hadapan rumah.
“Saya menegurnya ketika dia berada di atas bukit di belakang rumah dan melastik ke arah rumah.
“Saya tegur kerana bimbang cermin tingkap pecah akibat perbuatan itu, namun tidak sangka pula dia tiba-tiba naik angin,” katanya.
Menurutnya, cucu tirinya yang dipercayai penagih gam itu sering mengamuk dan mengugut mahu membunuhnya selain merosakkan harta benda.
Katanya, ketika kejadian, suspek memegang dua pedang samurai di kedua-dua tangannya.
“Pedang tajam dipegang di tangan kanan manakala yang tumpul di tangan kiri. Mujur dia menetak saya menggunakan pedang tumpul yang dipegang di tangan kiri.
“Saya bergelut untuk menyelamatkan diri sebelum anak lelaki, Shafie Din, 30, datang membantu.
“Dia mengejar Shafie menyebabkan keadaan kelam-kabut sebelum cucu tiri itu hilang melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan, Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian berkenaan dan masih mengesan suspek yang menghilangkan diri di kawasan hutan berhampiran kampung itu.