BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cedera akibat terlanggar ****

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Suhaila menunjuk anggota badannya yang cedera akibat terjatuh selepas motosikal ditunggang terlanggar **** hutan di Kampung Tok Kun.​

POKOK SENA - Seorang suri rumah mengalami kecederaan apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor **** hutan di Kampung Tok Kun, Mukim Bukit Lada, semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa, Suhaila Che Mat, 38, baru pulang menghantar anaknya dari sekolah berdekatan.

Menurutnya, ketika sampai di kampung itu tiba-tiba seekor **** hutan keluar meluru sebelum dilanggar motosikal ditunggangnya.

"Akibat pelanggaran itu, motosikal yang saya tunggang berpusing dan membuatkan saya tercampak sebelum jatuh di atas jalan.

"Saiz **** hutan itu sangat besar tetapi bernasib baik haiwan tersebut tidak menyerang saya sebaliknya terus beredar sebelum orang kampung dari kebun getah berhampiran memberi bantuan serta menghantar saya pulang ke rumah," katanya.
Suhaila berkata, dia mendapatkan rawatan di klinik berdekatan kerana mengalami kecederaan di dagu, muka dan kaki.

Jelasnya, **** tersebut dikatakan baru keluar dari kawasan itu selepas makan ubi kayu ditanam penduduk.

"Selepas saya dibawa pulang, penduduk ternampak beberapa ekor **** hutan lagi telah keluar dari tempat yang sama dan nasib baiklah binatang itu tidak keluar semasa saya mengalami kemalangan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tok Kun, Jamaludin Saleh berkata, walaupun kejadian itu pertama kali berlaku tetapi **** hutan sering mengancam kehidupan penduduk kampung itu.

Katanya, banyak hasil tanaman penduduk dirosakkan haiwan itu dan pernah berlaku **** hutan masuk ke rumah orang melalui pintu belakang sebelum keluar melalui pintu hadapan.

"Saya merayu kepada Jabatan Perhilitan Kedah agar mengatasi masalah haiwan liar berkenaan yang semakin banyak hingga mengancam nyawa penduduk kampung ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register