BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cebisan mayat bertaburan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebahagian pakar memeriksa lokasi letupan di Kuil Erawan di tengah Bangkok, Thailand, semalam. REUTERS​

BANGKOK 18 Ogos – Saksi letupan bom di Bangkok semalam menyifatkan kejadian tersebut sebagai ‘mengerikan’ selepas melihat mayat-mayat mangsa yang terkorban bergelimpangan di atas jalan raya.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Meck berkata, ketika letupan berlaku, dia berada berhampiran dengan pusat beli-belah sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan menyaksikan bagaimana orang ramai menjerit serta lari menyelamatkan diri.

“Saya berlari ke lokasi kejadian untuk mengetahui apa yang berlaku dan dalam perjalanan ke sana, saya dapat lihat api dan asap.

“Ini adalah satu pengalaman sedih dan menyakitkan. Saya doakan semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” jelasnya.

Meck yang tidak pernah menyaksikan kejadian letupan sebelum ini menambah, setibanya di lokasi letupan dia dapat melibat mangsa berlumuran darah terbaring di atas jalan.

“Kebanyakan mangsa terbaring di jalan. Ada diantara mereka hilang anggota badan dan darah ada di merata tempat. Saya takut akan berlaku letupan lagi dan saya ambil keputusan untuk beredar,” ujarnya lagi. – BERNAMA
 
Ingatkan kuil Buddha. Tapi Hindu. Thailand majority buddhist kan.
 
Bulan 10 ni kompeni ada trip ge bangkok...hmmm..budak2 opis aku masing2 dh cancel nk pegi..
 
budha la tu, mai mana hindu?

sebab berita sebut-
Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Hindu Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.
confirm la kot..bila tgk banyak kali..nampak ada bunga2 & patung2 tu macam gajah..
 
Back
Top
Log in Register