ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ghuzlan (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-208 peringkat IPD Kuala Kangsar, semalam.
BANDAR KUALA KANGSAR - Kewujudan kira-kira 20 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar Kuala Kangsar membantu tugas anggota polis memantau keselamatan di bandar ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kamera tersebut membolehkan mereka memantau aktiviti di sekitar bandar dengan lebih efisien.
Menurutnya, kamera yang dimulakan operasinya pada November tahun lalu juga membolehkan pihaknya menghantar anggota ke lokasi kejadian dengan lebih pantas melalui pemantauan dijalankan.
"Pemasangan CCTV ini memang bagus sebab kita boleh pantau segalanya dengan mudah namun tetap ada sedikit kelemahan.
"Pada setiap CCTV ada dipasang pembesar suara, namun bunyi yang dikeluarkan agak perlahan dan apabila kita bercakap, orang awam tidak dengar suara kita," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sambutan Peringatan Hari Polis ke-208 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, semalam.
Ghuzlan turut menekankan dua perkara yang perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak iaitu masalah penggunaan daun ketum dan kemalangan di daerah ini.
Katanya, penggunaan daun ketum di daerah ini agak tinggi dan beliau berharap undang-undang yang meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya dilaksanakan tidak lama lagi.
Ghuzlan berkata, operasi membanteras gejala ketum akan terus dilakukan dan penagih harus sedar aktiviti itu kini semakin dipandang serius.
"Apabila kes ketum dimasukkan di bawah Akta Dadah berbahaya, mereka yang terlibat boleh dipenjarakan.
"Bagi isu kemalangan pula, kita lihat Kuala Kangsar terutamanya di Kilometer 257 di Lebuhraya Utara Selatan kerap berlaku kemalangan dan kebanyakannya melibatkan orang luar," katanya.