BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cathay Pacific dilanda skandal seks

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
cathay_pacific_cockpit_oral_sex_photo_scandal.jpg


HONG KONG 14 Ogos – Cathay Pacific sedang mengkaji semula kempen ‘lebih jauh penerbangan menjadikan anda lebih istimewa’ ekoran skandal seks yang melanda syarikat penerbangan itu.

Pengangkutan Hong Kong melancarkan satu siasatan pada minggu lalu selepas tersebarnya gambar seorang wanita yang memakai pakaian seragam krew kapal itu melakukan oral seks terhadap seorang lelaki ketika dalam penerbangan.

Dua pekerja syarikat itu kemudiannya meletak jawatan, tetapi insiden memalukan yang dilaporkan berlaku di kokpit pesawat telah menyebabkan kempen ‘Penumpang dan Perkhidmatan’ Cathay Pacific ditangguhkan. – AFP



===================================================================



HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.

“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.

Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.


Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.

“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.

Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.

“Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.

Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.

Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya.Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
 
Last edited:
agak2 TT share cathay pacific drop x dengan rumour ni...sorry mngkin sy terpengaruh ngan cerrita wall street money never sleep
 
bole pun embeded dua2. Fuhh.. Krisis hebat di sana.

agak2 TT share cathay pacific drop x dengan rumour ni...sorry mngkin sy terpengaruh ngan cerrita wall street money never sleep

Hmm.. Drop la kot. Menjatuhkan nama company.
 
Last edited:
menjatuhkan nama company besar..
 
tk de efect kot lau tayang pon..silap2 lelaki hidung belang lagi ler berduyun nek.huhuhuh
 
perghh,, lagi hebat dri citer pon..

BJ mase tgh fligh kapal terbang tu,,,,,,,,,,,
 
Back
Top
Log in Register