BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Catat untung lebih baik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Jeffrey Chew


OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan anak syarikatnya (OCBC Malaysia) mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM1.25 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffrey Chew berkata, keuntungan bersih meningkat 17 peratus kepada RM946 juta disokong pertumbuhan pinjaman kukuh yang dicapai menerusi kawalan kos lebih baik dan kerugian rosot nilai dan peruntukan yang lebih rendah.

Menurutnya, jumlah pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan kasar turut meningkat 17 peratus kepada RM56 bilion pada akhir tahun dilaporkan kerana pinjaman pengguna dan perniagaan, yang masing-masing meningkat RM4 bilion.

"Jumlah aset bertambah 12 peratus kepada RM82 bilion. Kami gembira kerana kedua-dua unit perbankan perniagaan dan perkhidmatan kewangan pengguna terus mencatatkan pertumbuhan keuntungan yang mantap, yang dicapai berasaskan prestasi membanggakan dalam pinjaman kepada sektor perumahan dan perusahaan kecil sederhana (PKS), disokong oleh pertumbuhan ketara dalam perniagaan pengurusan kekayaan," katanya pada satu kenyataan, semalam.

Chew berkata, jumlah pendapatan OCBC Malaysia bagi tahun yang dilaporkan meningkat lapan peratus kepada RM2.2 bilion, dipacu oleh peningkatan 10 peratus dalam pendapatan pembiayaan bersih (termasuk pendapatan perbankan Islam) dan peningkatan dua peratus dalam pendapatan bukan faedah.

"Perbelanjaan overhed meningkat pada kadar lebih rendah sebanyak 2 peratus, sejajar dengan usaha memanfaatkan pelaburan untuk menaik taraf sistem perbankan demi meningkatkan produktiviti dan kecekapan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register