BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carilamat Nelayan Hilang Di Perairan Pulau Bidong Ditamatkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
1970d989786a6b574bdfe9a1659c32816863e08e21213

Kredit: Maritim Negeri Terengganu

Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar mencandat sotong di perairan Pulau Bidong dekat Kuala Nerus sejak Selasa lepas, ditamatkan secara rasmi malam ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata operasi carilamat ke atas Mohd Noor Abdullah ditamatkan pada 7 petang tadi setelah tiada sebarang petunjuk baharu diperoleh meskipun operasi memasuki hari ketujuh hari ini.

“Operasi pencarian hari terakhir hari ini melibatkan Kapal Maritim Rawa dan Bot Pengawal 16 yang digerakkan sejak 7 pagi tadi.

“Pencarian difokuskan di kawasan seluas 148.95 batu nautika persegi sekitar perairan Pulau Kapas, namun tiada penemuan signifikan direkodkan hingga operasi ditamatkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Mohd Noor dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar menangkap ikan kira-kira 2 petang, Selasa lepas.

Sepanjang operasi pencarian diadakan, beberapa barangan dipercayai milik mangsa ditemui terapung antaranya tong ikan berwarna jingga dan pelapik tempat duduk dalam bot.

 
Back
Top
Log in Register