BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari formula hidupkan Pakar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hasim (tiga, kiri) melihat jualan ikan dan hasil laut diusahakan Persatuan Nelayan Telok Kemang pada Karnival Gegar Ria di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar), Paroi, semalam.​

SEREMBAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri diminta mencari formula untuk mempromosi Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Paroi, di sini, supaya sentiasa dikunjungi orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, Pakar perlu mempunyai kekuatan dan identiti sendiri bagi menarik perhatian ramai.

"Kita tidak mahu alasan lokasi jauh menjadi sebab kurang mendapat sambutan. Saya lihat Pakar masih dikunjungi orang ramai tetapi Fama perlu ada inisiatif untuk mempromosikan tempat ini supaya sentiasa mendapat tempat di hati orang ramai," katanya.

Hasim bagaimanapun berkata, pihaknya memuji tindakan Fama yang tidak putus asa berusaha mengadakan pelbagai program bagi 'menghidupkan' Pakar untuk memastikan tempat berkenaan tidak terkubur.

"Fama banyak membantu menaikkan imej Pakar tetapi ia masih belum cukup kuat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Gegar Ria Pakar di Paroi, di sini, semalam.

Turut serta, Adun Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid dan Pengarah Fama negeri, A Rahaman Suleiman.

Sementara itu, Hasim berkata, kerjasama Fama dan pihak swasta menganjurkan Karnival Gegar Ria itu juga mampu menjadi daya penarik orang ramai datang berkunjung ke Pakar.

"Tahniah kepada Fama kerana bekerjasama dengan swasta sebagai usaha mempelbagaikan program di situ dan saya berharap kerjasama seperti ini dapat menaikkan nama Pakar," katanya.

Karnival Gegar Ria di Pakar Paroi berlangsung selama enam hari berakhir Selasa ini bermula jam 9 pagi hingga 12 malam turut melibatkan seramai 50 usahawan menjual pelbagai produk dan diserikan dengan persembahan artis Ikka Razman, Hasnol Gegar Vaganza dan Shidee.
 
Back
Top
Log in Register