BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cardi B berhijab, media sosial gamat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
14126478992898269-353927.jpg

14126478992898269-353928.jpg

14126478992898269-353929.jpg

Cardi B berhijab, media sosial gamat

KUALA LUMPUR: Kemunculan penyanyi rap sensasi antarabangsa, Cardi B, di Arab Saudi dengan penampilan yang dilihat 'patuh syariah' ketika menjayakan sebuah konsert, baru-baru ini, mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Cardi memuat naik foto memperlihatkan dirinya mengenakan busana serba hitam yang longgar dan labuh, termasuk ketika bersenam, selari dengan peraturan serta sensitiviti budaya tempatan yang ditetapkan kepada selebriti antarabangsa yang hadir dalam acara hiburan di negara itu.

"Hello Arab Saudi, Halal B sudah tiba," tulis penyanyi itu secara berseloroh dalam satu hantaran.

Tidak terhenti di situ, Cardi turut berkongsi video memaparkan dirinya lengkap berjubah dan berhijab sambil berlari di atas alat senaman treadmill, sebelum memberi salam.

Artikel : Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register