kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah SAW menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam satu riwayat lain dinyatakan, Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad SAW. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah SAW dalam keadaan 'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah SAW untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.
Sejenak kemudian Rasulullah SAW mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada apa wahai sahabatku, anda nampak seperti orang yang risau?"
Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Lalu Rasulullah SAW bersabda : "Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau jika barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah SWT akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya. Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (Hadis Riwayat Ahmad)
Berdasar ke atas sunah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terima kasih kepada Allah SWT.
Sujud syukur seharusnya dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.
Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza sepertimana posisi sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan solat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap kiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak di syaratkan didalam sujud syukur.
Juga tidak di syaratkan untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di dalam kereta dan sebagainya.
Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bangkit dari sujud dan terus memberi salam.
Ada juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangkit dan duduk kembali.
Sifat orang mukmin akan sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki daripada Allah SWT. Salah satu tanda syukur apabila mendengar atau mendapat sesuatu yang mengembirakan adalah dengan bersujud syukur dan memuji dan memuja kebesaran Allah SWT dengan ucapan alhamdulillah.