BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Sembunyikan Paparan "Continue Watching" Pada Android TV

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Kepada anda yang gemar menonton Netflix, Diseney+ dan sebagainya menggunakan TV Android, sememangnya berasa sedikit jengkel dengan paparan continue watching yang muncul di paparan utama TV. Situasi ini sekali gus boleh mengganggu privasi anda sekiranya program yang ditonton mempunyai unsur - unsur yang agak sensitif dan tidak sesuai untuk kanak - kanak. Berikut dikongsikan cara untuk menyembunyikan paparan "Continue watching" pada TV Android.

2021-07-26_14-42-04.png


Pertama sekali pilih ikon rancangan atau filem yang ingin disembunyi menggunakan alat kawalan jauh TV kemudian tekan dan tahan beberapa saat tombol OK.

2021-07-26_14-49-48.png


Maka akan muncul paparan berikut, seterusnya pilih sahaja menu Hide.

2021-07-26_14-42-15.png


Dengan itu paparan ikon bagi filem tersebut tidak lagi kelihatan pada halaman utama TV anda.

2021-07-26_14-42-24.png


Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.​
 
Back
Top
Log in Register