• Forum searching still not well functioning . We have already working on it.

Cara menebus/redemption unit amanah tanpa melalui agent

Recommended Brokers


Latest Threads

mhj.hafeezz

Fun Poster
Joined
Nov 13, 2012
Messages
912
Reaction score
2
Points
0
assalam Cgrian semua,

awal tahun haritu unit amanah banyak yang harga berada dipuncak, sy pon nak keluarkan la sebab boleh masuk semula lepas harga jatuh.

nak dijadikan cerita jumpalah agent untuk keluarkan, tapi agent banyak cerita untuk halang saya keluarkan(mungkin dia ada KPI kot jangan banyak sangat jumlah client tebus unit amanah).. duit sendiri kot apasal nak keluarkan susah sangat sampai suruh keluarkan sikit shj yang nak guna, baki biar shj dalam tu..

sy dah fed up malas nak dengar ceramah, sy email la ke cust support unit trust ni, rupanya senang je nak keluarkan, agent je banyak cerita dan buang masa..

jawapan cust support :
"We are happy to assist you on your request. As per our procedure, you are required to complete our Redemption Form for withdrawals. As each form bears a serial number, a softcopy version is unavailable.

You may walk-in into one of our branches nationwide to get the RD form.
Based on your address in our record, below is the address of our nearest branch to your location"

jadi senang je, kalau nak redem/tebus terus pergi mana2 branch unit amanah korang, mintak RD form, isi dan setel.. siap dapat keluarkan semua sekali lagi tanpa perlu dengar ceramah.. straight to the point dekat kaunter tu.

Seminggu lepas tu masuk la jumlah berdasarkan NAV hari sy tebus ke dalam akaun sy..

sekarang tengah nak korek cara beli unit amanah tanpa melalui agent pulak guna website bank.. dapat tak kurangkan charge beberapa % komisyen agent tu,kalau dapat lagi kurang baik guna website je lepas ni.
 
Sponsored Post

NurussalamAziz

Active Member
Joined
Sep 14, 2011
Messages
1,756
Reaction score
102
Points
68
Wa'alaikummussalam..

Apa yang mhj.hafeezz kongsikan memang betul, sebenarnya mudah untuk jual balik unit amanah. Apa yang agen itu buat mungkin ada agenda peribadi.

Berbalik kepada nak trade sendiri, ada platform yang tidak melalui agen iaitu https://www.fundsupermart.com.my/main/home/index.svdo

Dulu saya pernah trade sendiri dengan membeli unit amanah through bank (HSBC Amanah)(bank pun agen juga sebenarnya). Dan saya berjaya dapat profit dari situ (kemungkinan luck sama sebab saya study base pada chart & tak tengok future target serta environment fundamental). Untuk yang berminat nak trade unit amanah tanpa melalui agen, ada beberapa tips & perkara yang harus dititikberatkan:
- kalau boleh ada group unit amanah (trader) yang boleh berkongsi & telus
- kena buat sendiri proses-proses membeli unit saham & isi form ke fund provider yang dipilih
- jangan trade unit amanah macam saham , anda akan rugi.
- buat allocation dengan pecahan seperti saham luar negara, saham small cap, medium cap, large cap. Ini untuk balancekan bila ada yang turun akan dicover dengan yang naik.
- buat pecahan unit amanah jenis ekuiti, balanced @ bon (risk & return)
- kena ada target return
- **ada lagi sebenarnya, nanti jadi karangan lak.

Yup, saya agen unit amanah tapi saya bukan jenis assabiyah (extreme) pada sesuatu fund provider sahaja. Ada modal, saya akan pecahkan portfolio dengan beli fund provider yang lain yang mana provider saya tidak dapat bagi. At the end, itu duit sendiri. Hehe. Kenapa saya tak beli direct dah, sebab saya malas isi borang dah.. hahaha.

Satu persoalan pada diri sendiri, anda tergolong dalam golongan penerima risiko yang mana? Kalau jenis tak berani ada turun naik maka tak sesuai untuk main unit amanah @ saham. Lebih baik letak dalam tabung haji, amanah hartanah bumiputera, syer koperasi @ asb (yg ni ada khilaf). Bak kata pepatah, kalau takutkan ombak.. jangan membina rumah di tepi pantai. hihi
 
Last edited:

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,495
Reaction score
449
Points
83
Location
Setapk,K.L.
Pergi jer kat counter,cakap berapa nak keluar,sebahagian ker semua...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register