BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara membuat telur masin

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Untuk sapa sapa yang nak meniaga bulan posa nie :D

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati.

hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.Bahan MentahBahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN: 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya. Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste). Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati. Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.

Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal. Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.
 
Last edited:
taukee lintah nak berubah pula kepada taukee telur pulak ke..? :D
 
telur ayam takleh ke ?
 
good info
bagus2 aku suka gak telur masin
tambah lagi waktu bulan pose.. :D
 
thx for the info boss, hahaha, nanti nk try buat ar, tanah kuniang mana nk dapat?
 
baru jer belasah telur masin makan mlm tadi..
 
Aku baru je makan telur asin semalam. Sambil makan aku mengarang2 cite pasal telur asin. Tau2 dah kuar sini cite telur asin :eek:
 
owhh.. yg itam2 2 serkam padi yg dbakr upenye..
good info.. dpt gk knowledge ari nih..
mekaceh ea...
 
Back
Top
Log in Register