BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara-cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul

bagus tul kesungguhan ko share. mungkin ado yang dah lupo macam mana nak pakai kain pelikat...
 
aku kalau pakai kain pelikat buat cara macam pakai kain batik tu je :D
 
da kawen nanti magik terus bole jd pro lipat kain pelikat cam aku ni ha..:">:">
 
tak berapa gemar pakai kain pelikat..rimas..tidur lagi laa..kompem2 terselak punya..haha..dah la tdo ganas..nak peluk bantal peluk lagi..hehe
 
haha...btol2...aku antaranya :))
sbb tu tak penah pakai kain kat umah...
pakai pon time semayang kat surau tmpt keje...mmg herot-berot jadinyer :D

penah juga terlepas masa semayang...
bila duduk tahhiyat akhir kain tu kembang je sekeliling aku :eek::eek:

siap ade mber ak kain pelikat kt rumah pun takde :)) teruk btol

aku klo dtg rumah org xpandai pakai seluar pendek lepak2 dgn family dorang..klo malam xkan nak pakai jeans je malam2 hari..mesti ak mtk pelikat..nk tido pun selesa lagi2 klo tido rumah orang tu kena tido kt ruang tamu
 
org ppuan xnak buat ke cara2 pakai kain batik..even gf ak sdri xpandai pakai kain batik lol
 
"Comelnya budak-budak lelaki ni pakai baju melayu dengan kain pelikat". Orang-orang perempuan selalu post macam tu dekat Facebook tak pun tweet dekat Twitter. Muka laki tu pecah pun cute, katanya. Haha.

Kain pelikat ni memang simple and senang je nak pakai. Tapi bukan semua orang tahu nak pakai. Ada kawan aku ni, dia nak pergi beli kuih dekat depan kolej. Lepas tu, takde seluar nak pakai. So, dia pakailah kain pelikat. Tapi dia tak reti pakai kain pelikat. Kelakar gila. Dahlah senget sebelah. Depan labuh, belakang singkat sampai nampak macam kain tu terangkat-angkat. Sumpah lawak gila tapi sebab dia lapar and nak beli goreng pisang dengan keropok lekor jugak dekat depan kolej tu, so dia pakai jelah dengan gaya macam tu. Mesti pak guard pun tersenyum sipu melihat kainnya itu. Haha.

Sebenarnya, senang je nak pakai kain pelikat dengan betul ni. Meh aku bagi korang kelas memakai kain pelikat dengan betul.


1. Murid-murid sekalian, mula-mula ambil kain pelikat lepas tu sarungkan. Make sure cap jenama kain pelikat tu dekat bahagian bawah belakang kain pelikat tu. Lepas tu make sure tulang kain pelikat tu dekat depan and lidah kain pelikat tu dekat belakang. Make sure kedudukan lidah and tulang kain pelikat tu dekat center. Barulah nampak balance nanti.

Image0432.jpg


2. Langkah seterusnya yer murid-murid, lipat kain pelikat tu di kiri. Selalunya, orang lipat bahagian kiri dulu lepas tu baru lipat belah kanan. Sila lihat gambar di bawah. Sambil menutup mata pun boleh buat. Nak menunjukkan betapa senangnya nak pakai kain pelikat ni.

Image0433.jpg


3. Lepas dah lipat belah kiri, lipat bahagian sebelah kanan pulak. Seperti gambar di bawah juga, melipat sambil menguap. Kekdahnya. Lepas dah lipat dua-dua belah, make sure dekat bawah tu ada macam bukaan tiga segi so that bila nak gerak senang.

Image0434.jpg


4. Lepas tu, lipatkan bahagian atas kain pelikat tu ke bawah. Lipat kecil-kecil je sebab nanti kalau lipat besar-besar nanti terjojol sangat bahagian yang lipat tu. Masa nak lipat ni, tahan nafas sikit sebab nak bagi kain pelikat tu muat-muat.

Image0436.jpg


5. Lepas tu, dah siap!! Boleh bergambar bersama kain pelikat dengan berposing seperti pemain rugby seperti yang ditunjukkan dekat gambar bawah ni ha. Nak tahu kaedah berposing gambar player rugby?Mudah sahaja semudah A B C. Mula-mula tarik nafas, tahan, angkat bahu sikit, lepas tu berpeluk tubuh sampai ke dada. Haha


Image0437.jpg


6. Lepas bergambar dengan gaya persis seorang player rugby, bolehlah memakai kain pelikat kemana sahaja tidak kira dimana jua anda berada. Haha

Image0439.jpg


7. Ha, lagi satu, kalau lelaki, kalau pakai kain, make sure kalau nak sembahyang pakai kain tu adjust kain pelikat tu atas buku lali. Kalau pakai seluar, kaki seluar tu lipat sampai atas buku lali sebab kalau tak nanti kita ni jadi hamba yang sombong.


Image0427.jpg

gambar dalam tu TT ke?

macam pernah kulihat je muka tu.. budak farmasi ke bro?
 
Back
Top
Log in Register