En. Rhoma Irama
Super Active Member

- Messages
- 7,565
- Joined
- Nov 16, 2007
- Messages
- 7,565
- Reaction score
- 707
- Points
- 111
Sekadar perkongsian. Mungkin ramai yang tidak mengetahui.
[Q]Saya ada beberapa mushaf Al Quran lama yang sudah terkoyak dan banyak yang tak boleh dibaca. Bagaimanakah cara terbaik melupuskannya?.
[A]Cara terbaik melupuskan al-Quran ialah dengan membakar ditempat yangtinggi iaitu tempat yang tidak munasabah dipijak dan abunya hendalahdibuang ke laut atau di tempat yang tinggi yang tidak dipijak olehmana-mana makhluk bagi menghormati kalam Allah SWT.
Sumber 1
-------------------------------------------------------
Cara Betul Lupuskan Al-Quran
HATI tiba-tiba berasa sayu tatkala melihat 33 bungkusan plastik hitam yang mengandungi abu al-Quran diikat rapi sebelum dipunggah ke atas sebuah kapal oleh sekumpulan petugas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Seketika kemudian, jentera itu bergerak jauh ke tengah laut di perairan Kuala Terengganu dan berhenti sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur.
NASKHAH al-Quran diasingkan sehelai demi sehelai sebelum diracik.
Tepat pukul 10.37 pagi, Khamis lalu, plastik pertama dibuka. Seorang petugas yang bertinggung di tepi pelantar kapal membuang semua abu itu ke dalam laut.
Abu itu memenuhi permukaan laut dan larut perlahan-lahan dalam air yang sejuk. Perasaan sayu sekali lagi menyelubungi diri, seolah-olah sedang menyaksikan perjalanan terakhir kitab suci itu ke tempat persemadiannya.
CARA terbaik untuk melupuskan naskhah al-Quran lama adalah dengan membakarnya.
Ujar beliau, naskhah al-Quran lama yang dikumpul tidak boleh dibakar sesuka hati sebaliknya mesti diasing-asingkan sehelai demi sehelai.
Tambahnya, proses itu penting bagi memastikan setiap lembaran yang mengandungi ayat al-Quran terbakar dan menjadi abu sebelum dilupuskan di tengah laut.
Bercerita mengenai proses mengumpul al-Quran lama itu, ia ternyata menuntut ketabahan para petugasnya.
Seorang petugas, Mohd. Radhwan Abu Bakar, 39, berkata, beliau bertanggungjawab mengumpul dan meleraikan al-Quran itu sebelum membakarnya.
“Saat paling sedih adalah apabila melihat al-Quran yang ditemui sudah rosak seratus peratus. Ia berada dalam keadaan basah manakala tulisannya tidak kelihatan lagi.
“Saya juga menjumpai senaskhah al-Quran yang pada asalnya bersaiz besar tetapi tinggal selebar tapak tangan sahaja akibat dimakan anai-anai. Ia begitu menyayat hati,” tambahnya.
Ujar Radhwan, detik paling sukar pula adalah semasa beliau memasukkan helaian demi helaian al-Quran itu ke dalam tong untuk dibakar.
“Bayangkan bagaimana perasaan kami apabila melihat kitab suci itu dibiarkan terbakar. Tetapi itulah cara terbaik untuk menjaga kesuciannya daripada terus dibiar rosak dan dibuang di merata tempat,” katanya.
CEBISAN helaian al-Quran dibakar di dalam sebuah tong khas.
Pada pagi itu, lebih 200 kilogram abu al-Quran lama dibuang ke laut sebagai satu cara pelupusannya.
Sememangnya indah untuk disaksikan khususnya semasa abu itu menutupi permukaan laut dengan kilauan berwarna putih. Benar, abu al-Quran mempunyai warna yang cukup berbeza, menampakkan keputihan di sebalik warna kelabu.
Ia jauh berbeza berbanding abu daripada helaian kertas biasa yang diracik dan dibakar.
Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penyelidikan) JHEAT, Mohd. Noor Mohamad berkata, abu al-Quran adalah unik.
“Abu ini terhasil daripada helaian kertas yang mengandungi kalimah-kalimah Allah. Ia tidak sama dengan kertas-kertas lain.
“Proses untuk mengumpulkan abu ini juga bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama hampir empat bulan. Petugas terbabit juga perlu melupuskannya dengan teliti,” katanya kepada Jurnal.
Sumber 2
-----------------------------------------------------
Cara terbaik melupuskan Al-Quran Buruk atau tersalah Cetak
Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci.
Tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kitab suci ini. Kejahilan ramai inilah yang telah mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.
Untuk info, orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?
Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak dilangkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.
MESIN insinerator yang dibina khas untuk membakar ayat suci al-Quran.
Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.
Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.
PROSES memasukkan ayat al-Quran yang sudah diracik ke dalam mesin insinerator melalui pintu utama.
AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong.
AL-QURAN, buku teks, surah Yasin serta keratan ayat suci yang dikumpul untuk dilupuskan.
Sumber 3
---------------------------------------------------------
Dalam banyak-banyak rujukan, kawan dapati majoriti mengatakan lupuskan dengan cara bakar dan hanyutkan ke sungai atau laut, tapi di bawah ini adalah dari website Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Soalan:
Bagaimana utk lupuskan Al-Quran yang telah uzur dan koyak? Seorang ustaz/guru dalam uzur semasa dia mengajar dan menegur pelajar yg salah sebut perkataan Al-Quran. Bagaimana keadaan ini?
Jawapan:
Lembaran Al-Quran yg hendak dilupuskan hendaklah dilupuskan dgn cara yang mulia. Cth. Menanam ditempat khas yang tidak mengugat kemuliaannya. Hal ini boleh dirujuk kpd bhg. Kawalan Penerbitan & teks Al-Quran, Kementeriaan Dalam Negeri.
Sumber 4