BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Campak anak melalui tingkap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Latif melihat keadaan barang dan motosikal Honda Wave yang tidak sempat diselamatkan.
< 1 / 1 >
MERANTI – Seorang ibu terpaksa mencampak lima anak, termasuk dua kembar melalui tingkap setelah rumahnya dekat Kampung Cherang terbakar jam 12 tengah hari, kelmarin.

Datuk, Latif Hasan, 72, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang berlaku setelah pulang daripada kebun.

Menurutnya, penduduk memberitahu lima cucu bersama anak perempuannya terperangkap di dalam rumah kerana pintu depan tidak dapat dilalui akibat terbakar.

“Disebabkan itulah, anak saya terpaksa mencampakkan cucu yang berusia lima hingga 10 tahun melalui tingkap.

“Mujurlah ketika kejadian isteri saya yang mempunyai masalah pendengaran, berada di luar rumah,” katanya, semalam.

Latif berkata, dia tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen penting termasuklah wang anaknya bernilai hampir RM 1,000 dan motosikal Honda Wave yang baru dibeli setahun lalu.

Menurutnya, dianggarkan mereka mengalami kerugian hampir RM 200,000.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dengan kekuatan lima anggota.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati rumah separa kayu dan batu hangus hampir 100 peratus namun kami berjaya mengawal api daripada merebak, lima minit selepas memulakan operasi.

“Punca dan nilai kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/campak-anak-melalui-tingkap-1.193465
 
cehhh..tajuk wat suspen,ngatkan kena dera...hahaha
 
sabarlah dengan ujian Allah ini pakcik...
 
hampeh...igtkan buang anak... rupanya umah terbako....
 
ingat kes dera td..anyway...simpati pada mangsa...
 
tumpang simpati....semoga diberi kekuatan & ketabahan dlm menghadapi situasi begini....
 
kenapa xwat tajuk campak anak melalui tingkap tingkat 20
 
Back
Top
Log in Register