BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cameron Highlands

Bro,kalau aku dari Jempol,n9 nak ke Cameron lalu jalan Raub-->Sg. Koyan--> Ringlet-->CH ni agak2 berbaloi tak dari segi jarak,keselesaan atau pun tol? Mohon pencerahan kengkawan CG :) :)cgrock

Berbaloi tol takde, jalan clear tak jem, so blh drive dgn tenang. dari sg koyan ke CH, dari tepi jalan akan nampak perkampungan org asli. :)
 
Ada... banyak jerk ladang yg leh petik strawberi ni, tapi pada saya tak berbaloi sebab terlalu mahal.. kalau bawa balik strawberi tu sampai rumah entah kenapa akan jadi masam. So pada saya, saya beli jer yg dah siap pack, boleh nego lagi, kadang 2 pack boleh dpt RM10 jek. Lagi murah dari petik sendiri.



Betul, dah tak sejuk dah.. sape pernah pegi awal 90an dulu, masih bernasib baik sebab masa tu kalau pegi rasa mcm pegi London.. kalau bercakap mulut keluar asap.. sekarang kalau pegi, time malam tak pakai jaket pun tak rasa sejuk dah, dah common... disebabkan terlalu banyak bukit yg dah ditarah kat sana, jadi berdebu.. hutan semakin kurang, dan apartment2 semakin banyak dibina.. dah kurang umphhh..



Yup, memang dah tak sesejuk mana pun kat sana skg ni. Takat nampak ladang sayur, strawberi, kedai kaktus, etc... yg best pada saya cuma duduk mengadap ladang teh sambil minum teh dan makan kek.. itu jer la..

As salam kak long.

"yg best pada saya cuma duduk mengadap ladang teh sambil minum teh dan makan kek.. itu jer la"

boleh bg tau tau, kedai @ restoran nama apa ya?
lokasi mana ya?
nak minum teh ni? hehe. tq
.
 
kalo nk gi time cuti sekolah siap sedia la jem nk mampos..tobat x gi dah..gi weekend biasa jer..
 
pengalaman stay dkt Cameron Highlands Resort paling best...kena cuba kepada pasangan mid 30-40...utk eratkan kasih syang...hihi
 
Guys,

Aku plan nak ke CH jugak 12-13 april ni.

Aku nak ambik cuti Jumaat, so lepas jumaat tu terus naik CH check in sampai Ahad (3 Hari 2 Malam).

Mintak jasa baik CGrians sekalian yang biasa ke sana:-

1. Hotel apa yang paling best dari segi walking distance ke Pasar Malam Brinchang dan kedai2 makan?
2. Pasar Malam bukak jumaat malam dan sabtu malam atau sabtu malam dan ahad malam?

Aku nak bawak wife dengan 2 orang anak umor 5 thn dan 1 tahun.

Harap2 ada yang membantu :)cgrock

Thank you!
 
Back
Top
Log in Register