RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
Cameron Highlands adalah sebuah destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Cuacanya yang dingin dan persekitarannya yang menghijau menjadikannya salah sebuah lokasi popular bagi warga kota yang ingin melarikan diri daripada bahang hutan konkrit.
Walaupun kebanyakan pelancong yang melawat Cameron Highlands cuma ingin bersantai di ladang teh dan memetik strawberi, ada juga yang memilih untuk melakukan aktiviti yang lebih lasak, seperti mendaki gunung.
Berada pada ketinggian 2,110 meter dari aras laut, Gunung Irau ialah gunung tertinggi di Cameron Highlands dan ke-15 tertinggi di Malaysia. Namun, apa yang lebih menarik ialah, trek pendakian ini akan membawa anda melewati Mossy Forest (hutan lumut). Ya, seperti mana namanya, hutan ini memang dilitupi dengan lumut, dari tanah sehinggalah ke ranting-ranting pokok.
Dengan cuaca sejuk dan berkabus, pemandangan di hutan ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah berada di set penggambaran Lord of the Rings. Tidak hairanlah Mossy Forest Cameron Highlands ini tersenarai antara lima hutan paling ‘instagrammable’ di dunia!
Mossy Forest ditutup kepada orang awam sepanjang musim tengkujuh (November hingga Januari). Sebaiknya, elakkan berkunjung ke Cameron Highlands pada waktu ini kerana hujan lebat sering mengakibatkan kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan menuju ke sana. Bulan-bulan yang memiliki kebarangkalian hujan paling rendah ialah Februari, Jun dan Julai.
Waktu terbaik untuk mendaki Gunung Irau adalah pada waktu pagi kerana pada ketika itu, Mossy Forest masih diselimuti kabus, lantas menambahkan lagi aura misteri yang cukup indah untuk tujuan fotografi. Jangan lupa bawa pakaian tebal kerana cuaca agak sejuk pada waktu tersebut.
Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Jika tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda juga boleh menaiki bas dari Kuala Lumpur, Ipoh atau Pulau Pinang. Namun, untuk bergerak dari Tanah Rata ke Gunung Irau agak sukar tanpa kenderaan sendiri. Anda boleh cuba meminta bantuan pihak hotel untuk membuat tempahan teksi atau kereta sewa.
Bagi yang memandu sendiri, Google “Mossy Forest (Entrance Point)“. Tetapi awas, jalan untuk menuju ke sana agak sempit dan berlopak. Kenderaan pacuan empat roda lebih sesuai untuk perjalanan ini.
Sejak beberapa tahun yang lepas, populariti Mossy Forest meningkat dengan agak mendadak, dan malangnya kemasukan pengunjung yang tidak terkawal telah mengakibatkan kerosakan ekosistem semulajadi di sana.
Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan telah membuat keputusan untuk mengehadkan jumlah pengunjung yang masuk ke hutan tersebut dalam satu-satu masa. Bermula 1 Mac 2019, kesemua pelawat wajib mendapatkan permit terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Hanya 100 permit sahaja yang dikeluarkan setiap hari.
Caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
WARGANEGARA
Pertama, permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh pendakian. Setelah permohonan diluluskan, pemohon perlu membuat pembayaran melalui kiriman wang pos atau bank draf dan diserahkan kepada Pegawai Hutan Daerah pada hari dan waktu bekerja (pembayaran secara atas talian tidak diterima).
Kemudian, pemohon juga perlu membawa dua salinan surat kelulusan permohonan dan membuat bayaran masuk semasa di lokasi. Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk maklumat lanjut.
Bolehkah kita mendaki Gunung Irau tanpa permit?
Melalui pembacaan saya sebelum ini, memang ada pelancong yang berjaya memasuki Mossy Forest tanpa permit. Bahkan ada yang berkongsi tip bagaimana untuk mengelak daripada membayar sebarang caj untuk masuk.
Walaupun saya secara peribadi memang kurang gemar dengan sistem birokrasi yang menyusahkan orang awam, saya tetap tidak menyarankan sesiapa untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Kita bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan, malah adalah agak biadab jika kita sebagai tetamu dengan sesuka hati melanggar peraturan tuan rumah.

- Dewasa: RM 10
- Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM 5
- Warga emas (60 tahun ke atas): RM 5
- Orang kelainan upaya: Percuma
- Dewasa: RM 30
- Kanak-kanak: RM 15
- Warga emas: RM 30