BTC USD 85,632.5 Gold USD 4,135.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TIPS DAN ITINERI KE CAMERON HIGHLANDS

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1655292781323.jpeg

SEDIKIT TIPS DAN CADANGAN WAKTU PERJALANAN 3 HARI 2 MALAM KE CAMERON HIGHLANDS
Cadangan ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang pergi dalam kumpulan yang besar. Mungkin juga hanya sesuai bagi yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Tips dan cadangan ini hasil dari pengalaman peribadi setelah membuat sedikit 'research' dan pembacaan melalui perkongsian dan pengalaman orang lain.

Penting untuk study peta Cameron Highlands terlebih dahulu sebelum ke sana dan buatlah itinerary ringkas supaya perjalanan lebih lancar.

HARI PERTAMA (JUMAAT)

1. Bertolak dari Gombak seawal jam 5.00 pagi. Jangan bertolak sesudah subuh kerana khuatir akan bertembung traffic jam dengan para pekerja yang menuju ke tempat kerja.

2. Singgah di RnR Rawang sekitar jam 6.00 pagi untuk tunaikan solat subuh.

3. Tiba di RnR Tapah sekitar jam 7.30 pagi untuk singgah breakfast dan mandikan anak2 kecil yang masih belum mandi. Di sini juga amat digalakkan untuk isi minyak kereta full tank sebelum naik ke atas CH.

4. Terus bergerak ke CH menggunakan laluan Tapah-CH. Sekitar jam 8.30 pagi jalan sedikit berkabus tapi scenery ini amat cantik untuk dinikmati. Bau hutan sungguh mendamaikan ditambah dengan kicaun burung yang silih berganti.

5. Tiba di Bharat Tea Valley 1 pada jam 9.15 pagi. Rehat sebentar dengan secawan teh. Saya pilih Tea Valley 1 sebab banyak spot cantik untuk bergambar berbanding Tea Valley 2.

6. Sekitar jam 10.00 pagi keadaan jalan semakin bertambah dengan kenderaan. Terus bergerak ke atas dan pada sekitar 11.00 pagi tiba di MARDI Agrotechnology dan seterusnya ke Animal Feeding Rainbow.

7. Lunch di kawasan Pekan Tanah Rata. Banyak restoran yang boleh dipilih.

8. Check in di Tiny Boutique Habitat, Kg Taman Sedia jam 4 petang. Jalan jammed dan kami tiba sedikit lewat. Berehat.

9. Dinner di sekitar Taman Sedia. Banyak kedai dalam jarak walking distance sahaja dari Homestay kami. Bagi yang mahu ke Pasar Malam sebaiknya sewa motosikal 😁

HARI KEDUA (SABTU)

1. Breakfast di Kg Taman Sedia. Banyak kedai sedap yang boleh dipilih. Antaranya Opah Strawberry, Abang Strawberry dan KHM Strawberries & Jam.

2. Selesai breakfast terus menuju ke Sungei Palas BOH Tea Centre. Saya setuju sekiranya ada yang berpendapat tidak sah ke CH kalau tak pergi tempat ni. 😁

AMARAN: Jalan menuju ke sini agak mencabar ditambah dengan jalan yang sesak. Bersabar dan luangkan masa yang lama sedikit di sana untuk rasa berbaloi.

Ya, trafik memang sesak dari Tanah Rata ke Brinchang. Bergeraklah seawal mungkin dan siapkan mental untuk sampai ke atas. Trafik waktu pagi boleh dikatakan agak baik sedikit berbanding trafik di waktu tengahari dan petang.

3. Selesai di Sungei Palas, masa untuk turun semula ke Tanah Rata.

4. Singgah di S Corner. Beli lah apa yang anda rasa patut. Macam2 ada. Kemudian nak singgah Cactus Point pun boleh.

5. Tiba di Homestay sebelah petang. Parking kereta. Jalan kaki sahaja ke Ladang Strawberry milik Muslim. Ada Al Mashoor dan YZ Agro Farm.

6. Dinner di Taman Apple Cameron Steamboat Tanah Rata. Kalau nak rasa angin malam di Pekan Brinchang, sila sewa motosikal 😁. Boleh lepak di Centrum dan kawasan sekitar.

7. Trafik waktu malam juga sesak. Jangan ambil mudah ya.

HARI KETIGA (AHAD)

1. Breakfast di Kg Taman Sedia.

2. Selesai makan terus check out. Ya, check out pagi.

3. Bergerak ke Kea Farm. Percutian anda ke CH akan hilang 'umph' jika tidak ke sini.

4. Bawa anak2 ke Sheep Sanctuary. Bukan senang nak jumpa kambing handsome macam tu 😀

5. Raaju Hills tak jauh dari Kea Farm. Boleh singgah kalau masa mengizinkan. Saya tidak pergi ke Big Red sebab tak mahu turun semula ke bawah. Nanti nak ke atas semula kena redah jam pula. Lagi pun dah pernah pergi sekali dulu.

6. Selesai di Raaju, turun terus ke Lavender Garden. Di sini parking agak selesa berbanding tempat lain. 😅

7. Teruskan perjalanan ke Ladang Anggur KC Kwang Blue Valley. Best!

8. Balik KL. Saya pilih jalan CH-Simpang Pulai

9. Sengaja saya memilih untuk balik KL melalui jalan CH-Simpang Pulai. Selain dari jalan yang selesa, saya tidak perlu naik semula ke Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Di sini lah pentingnya untuk memahami peta Cameron Highlands.

10. Singgah makan di Nasi Bamboo Sg. Klah Sungkai.

Begitulah serba sedikit pengalaman di sana. Mungkin pada setengah orang, ia nampak 'terlalu sempurna'. Sebenarnya tidak, kami juga merempuh jam luar biasa di sana seperti orang lain. Kuncinya, sabar dan buatlah perancangan yang rapi. Sentiasa bertolak ansur dan jangan pentingkan diri sendiri. Wallahu'alam.

Sumber: facebook

1655293013323.jpeg

1655293078926.jpeg

1655293133131.jpeg
 
Terima kasih.
Sangat berguna info ni.
Senang nak ke Cameron nanti :)
 
dh serik poie CH, itulah 1st & last den poie sano....bawak mpv sumbat 9 org, dah lah mpv manual konon2 jantan lah drive keto manual....

jem naik gunung, mcm nk tercabut kaki den brek, tukar gear... anak2 ajak laie pun x nak poie dah, korang poie lah sendiri naik bas rombongan ekekekkekkee
 
layan jem sana mmg mencabar. terpaksa bermalam di sana sambil tunggu kereta siap repair clutch.
 
kene pergi time2 pelik
 
layan jem sana mmg mencabar. terpaksa bermalam di sana sambil tunggu kereta siap repair clutch.
Pernah berasap brake layan jem masa tgk naik bukit kat brinchang tu
 
keta kena tip top....den hari tu rosak coil plug....ratuihh jgk la hbeh
 
kerera kalau rosak kat atas, baik panggil towing je la.
atau panggikl pomen bawah naik atas.

mahal weh
pastu tak ramai yg ada speacialty. sudahnya kene tolak ke ipoh
 
Back
Top
Log in Register