BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Projek Kabel Dasar Laut Myus Dapat Kurangkan Pergantungan Kepada Laluan Data AsingÂ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
e3928456dd4d76f0833f94b26ce17a6669ec2152cbb91

Datuk Dr Azhari Hadari

Malaysia perlu segera mewujudkan infrastruktur kabel dasar lautnya sendiri untuk menghubungkan negara secara terus ke Amerika Syarikat (AS) bagi melindungi keselamatan digital pada masa depan dan mengurangkan kebergantungan tinggi terhadap hab transit asing.

Ketua pegawai eksekutif Hexa Capital Consultancy PLT, Datuk Dr Azhari Hadari berkata cadangan projek kabel dasar laut Malaysia-AS (MYUS) bukan lagi sekadar usaha niaga tetapi ‘aset strategik negara’ yang penting untuk kedaulatan dan keselamatan digital negara bagi mengurangkan pendaman dan mengelak laluan transit sedia ada yang sesak dan sensitif kepada perkembangan geopolitik melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong.

Mengenai kepentingan strategik projek itu, Azhari berkata Malaysia kini beroperasi sebagai 'jejari' dalam roda serantau yang berpusat di tempat lain, dan dengan adanya hubungan kabel terus sendiri akan mengubah negara menjadi hab data utama untuk ASEAN.

“Kita mesti mempunyai ketersambungan terus kita sendiri. Bergantung sepenuhnya pada laluan sedia ada melalui negara jiran seperti Singapura atau Hong Kong menyebabkan data negara kita terdedah kepada gangguan luaran,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Azhari, yang juga pakar dalam sektor telekomunikasi dan infrastruktur memberi amaran bahawa pergantungan tinggi terhadap hab kabel asing boleh menimbulkan risiko besar 'gangguan' atau lumpuh digital jika pusat serantau tersebut berdepan serangan geopolitik atau sabotaj secara fizikal.

Beliau mengambil contoh ketegangan geopolitik di Asia Barat khususnya merujuk kepada laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah memberi bayangan tentang potensi ancaman terhadap kabel internet dasar laut di Teluk Parsi dan Selat Hormuz.

“Situasi di Asia Barat menunjukkan bahawa infrastruktur digital bukan lagi aset neutral; ia adalah sasaran strategik bernilai tinggi,” katanya sambil menambah kerosakan fizikal di Laut Merah kini di luar keupayaan industri untuk menjalankan pembaikan disebabkan oleh kekangan insurans risiko perang.

Azhari berkata projek kabel MYUS - sistem dasar laut dengan jarak hampir 20,000 kilometer (km) - bertujuan untuk mengelakkan kawasan maritim yang menjadi pertikaian seperti Laut China Selatan, sebaliknya memilih laluan yang lebih selamat melalui wilayah AS di Guam dan Oregon.

 
Back
Top
Log in Register