balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Shahrom (lima, kanan) menghayati bacaan Al-Quran oleh saudara baharu pada Majlis Khatam Al-Quran di kediaman seorang saudara baharu di Perumahan Nelayan Sungai Puteri.
< 1 / 1 >
ROMPIN – Bukan senang mendidik saudara baharu, justeru setiap pengajar perlu banyak bersabar dan istiqamah bagi memupuk minat mualaf supaya lebih tertarik untuk mendalami ilmu Islam.
Ahli Bridged Dakwah, Shahrom Naeim Kamarudin, 33, berkata, beliau menyertai Bridged Dakwah di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Cawangan Rompin itu sejak awal tahun lalu dan melalui pelbagai pengalaman dalam menyampaikan ilmu berkaitan Islam.
Menurutnya, peranan pengajar juga adalah memenangi hati setiap saudara baharu agar mereka dapat terus menghadiri kelas untuk mendalami ilmu Islam dan belajar melakukan amalan-amalan wajib.
“Teknik pengajaran yang dilakukan tidak tertumpu kepada pengajaran pembacaan Al-Quran sahaja tetapi turut meliputi fardu ain, sirah nabi dan sahabat serta amalan wajib atau sunat yang lain.
“Sabar dan istiqamah yang perlu ada dalam diri pengajar itulah diharapkan dapat menarik minat mereka untuk terus hadir ke kelas pembelajaran agama kerana tempoh mengajar bukan memakan masa sehari dua tetapi memerlukan tempoh yang lama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sebuah majlis khatam Al-Quran saudara baharu di rumah seorang saudara baharu dekat Perumahan Nelayan Sungai Puteri, di sini.
Turut hadir, Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Rompin, Mohd Hafis Mohd Saad.
Sementara itu, Hafis yang ditemui turut menzahirkan kesyukuran dengan perkembangan yang baik dalam kalangan saudara baharu.
“Semoga kebanyakan saudara baharu yang aktif dan tekun menuntut ilmu Islam akan terus istiqamah dan seterusnya beroleh kebaikan di sebalik usaha mereka itu.
“Usaha yang konsisten itu juga perlu menjadi contoh kepada saudara baharu lain dan juga orang yang telah Islam sejak lahir,” katanya.