BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabaran industri minyak sawit

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Minyak sawit - Foto hiasan


PERTUMBUHAN pesat industri minyak sawit mencetuskan pelbagai cabaran baharu terhadap kelestarian masa depan sektor itu dan daya saingnya.

Bagi Malaysia, penembusan ke pasaran baharu penting untuk 20 juta tan minyak sawit mentah (MSM) yang dihasilkan setiap tahun.

Ini bukan masalah kecil memandangkan Indonesia, pengeluar terbesar minyak sawit, dan bahan gantian terdekat komoditi itu, minyak kacang soya, memberi saingan sengit.

Senario hari ini ialah harga minyak sawit yang rendah itu dieksport ke 150 negara yang bergantung kepada minyak sawit untuk membekalkan minyak sayuran dan lelemak untuk memasak, menggoreng, membuat marjerin serta lelemak bakeri.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd David Ng berkata, harga yang lebih rendah itu bermakna pembelian yang lebih tinggi, dengan lebih banyak negara, terutama negara miskin, dapat membeli minyak makan untuk penggunaan masing-masing.

“Namun harga MSM yang rendah lazimnya menjejaskan margin perladangan yang akan menjurus kepada syarikat melaksanakan amalan pengurangan kos.

“Selain itu, saingan semakin sengit syarikat perladangan Indonesia menekan syarikat tempatan,” katanya.

Ng berkata,keputusan melanjutkan cukai eksport sifar ke atas MSM dilihat langkah baik, namun Indonesia akan mengikuti jejak langkah itu.

Beliau berkata,2014 menandakan anjakan paradigma baharu berikutankejatuhan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) ke paras paling rendah dalam tempoh beberapa tahun, disebabkan bekalan banyak dan permintaan yang rendah.

Ini memberi kesan negatif ke atas MSM berikutan minyak mentah yang tinggi menjejaskan permintaan untuk biodiesel terutama permintaan untuk pengadunan.

“Malah, bagi pengeluar biofuel, sesetengahnya mungkin merasa sukar jika harga minyak mentah dunia terus merosot, dan salah satu faktor utama yang perlu diberikan perhatian ialah keadaan cuaca,” katanya.

Pada 2014, harga MSM turun naik antara RM1,900 setan dan RM2,800 setan, susut kira-kira 18 peratus setahun hingga setakat ini, disebabkan beberapa perkembangan negatif dalam pasaran.

Berdasarkan kedudukan ini, Ng berkata beliau mahu melihat permintaan dari China pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings BhdDatuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata permintaan jangka panjang dan peluang pertumbuhan minyak sawit perlu diberi penekanan.-Bernama
 
Back
Top
Log in Register