BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

C-HIS pemangkin hospital digital

autorebateinstaforex

Banned
Messages
44
Joined
Feb 13, 2015
Messages
44
Reaction score
0
Points
6
PETALING JAYA 13 Feb. - Sunway Medical Centre (SunMed) dengan kerjasama Hitachi Sunway Information Systems Sdn. Bhd., akan melaksanakan sistem maklumat hospital generasi baharu (C-HIS) selaras dengan perancangan lima tahun bagi program transformasi hospital digital.

Pengarah Urusan SunMed, Lau Beng Long berkata, objektif utama bagi penggunaan C-HIS adalah untuk merealisasikan visi dan misi hospital digital yang akan menggabungkan pentadbiran dan rekod klinikal dalam satu pangkalan data.

Jelasnya, sistem baharu berkenaan akan membolehkan SunMed menggantikan rekod perubatan tradisional yang bergantung sepenuhnya pada penggunaan kertas kepada rekod perubatan elektronik (EMR) yang lebih mudah untuk pemindahan dan perkongsian maklumat dalam kalangan doktor.

“Dengan C-HIS, doktor, ahli farmasi dan jururawat akan diper*kenalkan dengan pe*ngendalian rekod menggunakan tablet kerana lebih fleksibel dan se*nang semasa merawat pesakit.

“Teknologi ini juga akan memudahkan doktor dan jururawat dalam mengenal pasti dan meng*hubungkan maklumat rundingan perubatan dan preskripsi ubat pesakit melalui sistem bersepadu oleh C-HIS,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kumpulan, Hitachi Sunway Information Systems Sdn. Bhd., Cheah Kok Hoong dan Ketua Pegawai Operasi SunMed, Wilson Choo.

C-HIS merupakan sistem pengurusan maklumat hospital secara terancang merangkumi pelbagai jenis keupayaan kli*nikal, pentadbiran dan diagnostik yang membolehkan hospital untuk merapatkan jarak fizikal dan menyokong penggunaan penyimpanan rekod dan data dalam kalangan doktor, hospital, perkhidmatan hospital dan pesakit.

Tambah Beng Long, C-HIS juga dapat membantu mengemas kini sistem perancangan sum*ber perusahaan (ERP) sempena pelaksanaan cukai barang dan per*khidmatan (GST) dan juga proses menggabungkan maklumat daripada pelbagai sistem yang digunakan oleh jabatan yang berlainan.

“Teknologi ini akan digunakan sebagai tulang belakang bagi perancangan strategik kami pada masa sekarang dan pada masa hadapan dengan penambahan blok hospital yang mampu menyediakan sebanyak 600 katil menjelang 2017,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...hospital-digital-1.59246#sthash.lWC7S70d.dpuf
 
Back
Top
Log in Register