BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bye..bye... INDERAPURA

tah suka suki aje ckp camtu... takde kaitan pon dgn kabinet
 
ntah2 depa saje bakar kapal tu, pasal dah propose tuk beli kapal jenis macam tu tak diluluskan kabinet...hehehe

kalu ko nak kawin lagi tapi bini ko tak bagi..ko sekeh(ceraikan) tak bini ko tuh?? :-?:-?
 
matinyer altantuya dr mongolia kerana kapal selam?
nak beli kapal baru,agak agaknya dr negara mana plak yang mati?hahahaha
 
TLDM tolak unsur khianat dalam kebakaran kapal KD Sri Inderapura

mutahir: Berita harian online

KUALA LUMPUR: Lembaga Siasatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyiasat kebakaran kapal pengangkut KD Sri Inderapura di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 8 Oktober lalu menolak wujudnya unsur khianat dan sebaliknya merumuskan kejadian itu berpunca daripada litar pintas.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata litar pintas dipercayai mengakibatkan kabel di bahagian atas Geladak Kereta Kebal kapal itu terbakar.

Katanya, rumusan itu diperkuatkan lagi dengan faktor bahawa kabel kapal yang berusia lebih 40 tahun yang memungkinkan salah satu kabel terbakar dan mencetuskan kebakaran besar.

"Bagaimanapun, pengesahan tidak dapat dibuat kerana pakar forensik dari Jabatan Bomba tidak dapat membuat penyiasatan lanjut disebabkan kapal itu musnah serta separuh tenggelam.

"Lembaga itu juga menolak kemungkinan kebakaran disebabkan oleh puntung rokok melalui kajian komprehensif yang mendapati puntung rokok tanpa nyalaan api tidak akan menghasilkan kebakaran yang terjadi pada himpunan tilam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, tilam tersebut adalah sebahagian daripada stor logistik yang bakal dihantar ke Sabah dan Sarawak dan lembaga itu juga telah meneliti tiada sebarang petunjuk terhadap kemungkinan kebakaran disebabkan tindakan khianat.

Siasatan mendapati kebakaran pertama mula dikesan oleh sistem pengesan kebakaran pada jam 6.16 pagi hari kejadian.

Bagaimanapun, tindakan awal yang diambil oleh petugas pada hari itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, tindakan salah yang kritikal adalah bekalan kuasa elektrik darat dimatikan tanpa menghidupkan janakuasa kapal terlebih dulu.

Tindakan itu mengakibatkan kesemua sistem melawan kebakaran kapal tidak dapat berfungsi, namun kebakaran dapat dikawal pada jam 5.20 petang.

Pemeriksaan lanjut terhadap kawasan kebakaran tidak dapat dilakukan kerana keadaan kapal masih dikategorikan sebagai tidak selamat untuk dimasuki dan menyukarkan ahli bomba memastikan kebakaran benar-benar telah dipadamkan.

"Kebakaran terjadi semula pada pagi 9 Oktober, berpunca daripada bara api yang gagal dikesan di kawasan stor cat dan simpanan minyak hidraulik serta menyebabkan api merebak dengan begitu cepat dan intensiti kebakaran adalah serius akibat kehadiran bahan minyak," katanya.

Apabila Bomba mengisytiharkan api tidak dapat dikawal, keputusan dibuat supaya kapal ditarik keluar dari jeti pangkalan dan dikandaskan di perairan selamat bagi mengelak daripada berlakunya keadaan krisis yang boleh menjejaskan keselamatan jeti operasi dan juga kawasan perairan laluan kapal keluar masuk Pelabuhan Lumut.

Beliau berkata, kebakaran tersebut adalah yang kedua selepas kebakaran pada tahun 2002.

Abdul Aziz berkata, tindakan tatatertib akan diambil ke atas beberapa pegawai dan anggota jika mereka didapati bersalah sehingga menyebabkan kebakaran tidak dapat dikawal dan menyebabkan kerugian pada harta kerajaan.

TLDM juga akan mengambil beberapa pendekatan proaktif termasuk meningkatkan keupayaan sistem serta infrastruktur melawan kebakaran di Jeti Operasi TLDM Lumut serta menjalankan pemeriksaan rapi terhadap sistem kabel dan peralatan elektrik di kapal-kapal yang berusia melebihi 20 tahun.

Beliau berkata, sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap khidmat serta sumbangan cemerlang kapal itu, satu upacara khas melucut tauliah “Kapal Diraja” mengikut tradisi TLDM akan dilaksanakan di lokasi kapal itu dikandaskan.

Kapal yang dibina pada tahun 1970 itu ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1995 dan banyak menyumbang kepada perkhidmatan negara, termasuk dalam operasi khas menyelamatkan kapal MISC iaitu Bunga Melati 2 dan 5 yang ditawan lanun Somalia pada Ogos tahun lalu, di samping melindungi kapal-kapal dagang Malaysia yang melalui di Teluk Aden. - Bernama
 
matinyer altantuya dr mongolia kerana kapal selam?
nak beli kapal baru,agak agaknya dr negara mana plak yang mati?hahahaha

pulak dah...:)):))...tak faham betul orang yang berfikiran macam nih..
 
nak potong juai kat kel*ng botol (besi buruk)...
 
Back
Top
Log in Register