BTC USD 81,373.9 Gold USD 4,124.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bye - Bye KFC Jalan Larut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,815
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,815
Reaction score
7,754
Points
916
16.03.2019 - Pulau Pinang, Bangunan cawangan KFC di Jalan Larut, di Georgetown pastinya meninggalkan memori kepada pelanggan, khususnya penduduk Pulau Pinang.

Dibuka sejak tahun 1987, menjadikannya sebagai cawangan KFC tertua di Pulau Pinang, ia juga menjadi antara cawangan yang unik di Malaysia berikutan beroperasi dalam bangunan kolonial tinggalan British.

Pelanggan, Khairol Ikram Selamat, 34, berkata, perasaannya bercampur baur apabila mengetahui cawangan terbabit akan menamatkan operasi hari ini selepas notis penutupannya tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Khairol Ikram yang berasal dari Tanjung Tokong itu berkata, selepas tular mengenai notis penutupannya beberapa hari lalu, dia ke KFC berkenaan selepas waktu bekerja bersama beberapa rakannya.

“Banyak kenangan saya sejak kecil dan di sini juga tempat saya bertemu isteri, Jaslinna Mohamed Yusoff, 34, sehingga kami berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Sebaik tiba di sini semalam, ada sambutan bersama maskot KFC dan kami jadikan ia sebagai pengalaman manis,” kata pengurus di syarikat swasta itu, ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holding Bhd, Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, cawangan terbabit ditutup atas persetujuan pemilik bangunan.

“QSR yang juga pemilik francais KFC di Malaysia mencapai persetujuan bersama bagi tidak memperbaharui penyewaan bangunan terbabit malah 22 pekerja di situ akan dipindahkan ke cawangan lain,” katanya.

f975.jpg


Berita asalhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/434360/bye-bye-kfc-jalan-larut
 
Tak sesuai langsung bangunan buat restoran kfc. Nak buat drive thru pun x boleh.
 
aku suka mkn kedai tomyam buruk sebelah tu..
ada lg ke tak..ntah
 
Pnh p mkn kt sana dulu dgn aircond x bukak mmg hrm jdhh kemut gila..now mmg x mkn kfc n mcd dh boikot. Texas bole thn lg tu pun psl free flow air dia.
 
Back
Top
Log in Register