BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paus pembunuh boleh sebut hello, bye bye

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831


image.jpg

PAUS pembunuh betina bernama Wikie boleh mengeluarkan perkataan hello dan bye-bye. SUMBER BBC

PARIS 31 Jan. – Seekor paus pembunuh berusia 16 tahun di bandar Antibes mendapat perhatian ramai kerana kemampuannnya menyebut perkataan seperti ‘hello’ dan ‘bye bye’.

Menurut portal berita BBC, paus yang diberi nama Wikie itu turut dianggap sebagai antara beberapa jenis haiwan yang mampu meniru percakapan manusia.

Penemuan mengejutkan itu didedahkan menerusi laporan eksperimen ke atas Wikie di Marineland Aquarium di Antibes, Perancis yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society of London B baru-baru ini.

Eksperimen oleh pasukan penyelidik dari Eropah itu mengkaji sama ada paus pembunuh boleh meniru pertuturan manusia kerana mamalia marin berkenaan diketahui mampu menghasilkan bunyi baharu hanya dengan mendengar.

Pengkaji Haiwan Marin University of St Andrews, Dr. Josep Call berkata, Wikie sangat cepat belajar menyebut beberapa perkataan dengan meniru percakapan pelatih haiwan dan antara kata-kata yang diungkapkan termasuk nama pelatihnya, Amy serta nombor satu hingga tiga.

“Paus pembunuh diketahui hidup dalam kumpulan dengan ‘dialek’ vokal unik dan Wikie mampu mempelajari bunyi yang dikeluarkan paus pembunuh lain dan juga pertuturan manusia dengan hanya meniru mereka.

“Eksperimen ini turut memberi penjelasan yang munasabah tentang bagaimana paus pembunuh liar di lautan mempelajari cara paus pembunuh lain berkomunikasi dan bagaimana mereka mengembangkan dialek mereka,” jelasnya.

Pakar dari Complutense de Madrid University di Sepanyol, Dr. Jose Abramson yang turut menyertai eksperimen itu berkata, tidak mustahil perbualan asas dengan Wikie boleh berlaku.

“Tidak mustahil untuk berkomunikasi dengan mamalia marin ini jika anda meletakkan label atau maklumat lengkap pada setiap benda di hadapannya. Ia telah dilakukan dengan burung nuri kelabu dan ikan lumba-lumba yang terkenal menggunakan bahasa isyarat Amerika seperti ‘bawa saya objek ini’ atau ‘letakkan objek ini di atas atau di bawah yang lain’.

“Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenakan konsep manusia terhadap haiwan. Lebih banyak manfaat jika kita cuba memahami cara semula jadi setiap spesies berkomunikasi dalam persekitarannya sendiri berbanding kita cuba mengajar bahasa manusia,” jelasnya.

Paus pembunuh atau orca, adalah mamalia terbesar dari kumpulan ikan lumba-lumba dan salah satu haiwan pemangsa paling kuat di dunia yang makan mamalia laut lain seperti anjing laut, singa laut serta paus.


http://www.utusan.com.my/berita/lua...-boleh-sebut-i-hello-i-1.600843#ixzz55o8sruP8
 
english dah jadi bahasa global sehingga haiwan pon bertutur dalam bahasa english.

takde pulak dengar paus bertutur cakap selamat tingga, jumpa lagi, assalamualaikum.
 
Betul ke paus ni pembunuh? Jinak macam ikan lumba-lumba je aku tengok.
 
english dah jadi bahasa global sehingga haiwan pon bertutur dalam bahasa english.

takde pulak dengar paus bertutur cakap selamat tingga, jumpa lagi, assalamualaikum.

setakat hello bye2 apa la sangat..ada jer burung yg siap boleh mengucap, baca surah al fatihah, n byak lagi...semua tu tanda kebesaran Allah S.W.T...
 
ni sebenarnya dia mmg rela hati nk 'bercakap' ke atau sebab dipaksa bercakap utk dpt upah makanan? :-?
biasa kalo dalam terpaksa dan terdesak mcm2 keajaiban blh jadi ...
 
bila kumpul ramai2 die main lambung2 singa laut tu. bkn makan pun. haram perangai
 
Back
Top
Log in Register