BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buta akibat ubat kuat

notrexdame

Passed Away
gemgem
Messages
76,166
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,166
Reaction score
63
Points
525
SUBANG JAYA: Aduan beberapa lelaki yang hilang penglihatan serta rabun selepas memakan sejenis pil perangsang seks membawa kepada penemuan ribuan kotak produk berbahaya berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

Produk ‘pil buta’ berkenaan yang berselindung di sebalik makanan kesihatan mengandungi herba tongkat ali dan ginseng sebaliknya didapati mengandungi kimia analog yang disahkan boleh membawa maut melalui ujian yang dilakukan Jabatan Kimia.

Difahamkan, syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk terbabit ke seluruh negara termasuk negara jiran berselindung di sebalik produk kesihatan tanpa menyedari pil terbabit mengandungi kimia dipanggil Thiosildenafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Kegiatan terbabit bagaimanapun dibongkar selepas operasi besar-besaran dilakukan serentak di seluruh negara oleh Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin.







Sumber penguat kuasa farmasi berkata, serbuan awal dilakukan di ibu pejabat syarikat jualan langsung terbabit di Shah Alam bagi mengesan penjualan produk beracun berkenaan.


Menurutnya, sepasukan lebih 20 pegawai KKM melakukan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat terbabit bagi mengesan kewujudan produk terlarang itu.

“Walaupun menemui hampir 20 kotak produk kapsul berkenaan, pegawai KKM mengesyaki masih banyak produk terbabit disimpan di lokasi lain menyebabkan mereka melakukan siasatan terperinci terhadap dokumen selain menyoal siasat pekerja syarikat terbabit.

“Hasilnya, pegawai KKM ke sebuah gudang di USJ, Subang Jaya yang dikenal pasti dijadikan tempat untuk menyimpan barangan serta produk milik syarikat terbabit,” katanya.

Menurutnya, dalam pemeriksaan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pegawai KKM yang menjalankan pemeriksaan kedua menemui puluhan kotak berisi kapsul ‘ubat’ perangsang seks berkenaan di simpan dalam gudang itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui 19,000 kotak berisi 190,000 kapsul perangsang seks dianggarkan bernilai kira-kira RM2.2 juta.

“Semua kotak berisi produk berkenaan dirampas bagi siasatan dan tindakan lanjut terhadap pihak yang mengedarkan produk terlarang itu,” katanya.

Menurutnya, produk yang didakwa berasaskan ginseng dan tongkat ali berkenaan dijual kepada orang ramai pada harga lebih RM110 sekotak.

Setakat ini, pemeriksaan sama turut dilakukan di kilang yang menghasilkan produk rangsangan seks terbabit di Jitra, Kedah.

“Penjualan pil rangsangan seks yang berselindung di sebalik herba atau tumbuhan hutan tropika amat dikesalkan apabila pemeriksaan dilakukan di Jabatan Kimia mendapati ia mengandungi kimia analog sildenafil yang dipanggil Thiosildenafil.

“Kimia yang sudah diubah suai ini amat berbahaya berikutan ia boleh menyerang saraf penglihatan selain menyebabkan individu yang memakannya boleh menjadi rabun dalam tempoh beberapa minggu selepas mengambilnya,” katanya.

Beliau berkata, sama seperti kesan sildenafil, kapsul terbabit boleh menyebabkan kesan sampingan negatif terutama kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolesterol tinggi.

AKU dah tau ubat pil jenis apa itu #:-S
 
belilah ubat kuat di org yg betul.

alaa... org yg notty tuu...
 
Agak2 berita macam ni akan naikkan sale diaorang ke tak? Masa keluar paper dulu, income kawan aku jadi triple dari waktu biasa, haha... pelik pelik
 
ubat notty ok ker.bole bute ker :)):))
 
Agak2 berita macam ni akan naikkan sale diaorang ke tak? Masa keluar paper dulu, income kawan aku jadi triple dari waktu biasa, haha... pelik pelik

ya betul..kadang2 kasi naik rating #:-S
 
Back
Top
Log in Register